Mifzal Dan ETS

Jumaat minggu lepas, ibu ke Kuala Lumpur bersama Mifzal. Pengalaman pertama Mifzal menaiki Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur. Teruja ibu nak kongsikan pengalaman Mifzal dan ETS di blog kesayangan ibu ini.

20130125_072919

Tujuan ibu ke Kuala Lumpur adalah untuk sesi pendaftaran semester baru bagi pengajian ibu. Asalnya, tidak lah bercadang membawa Mifzal bersama. Tapi, disebabkan mak mertua ibu tidak sihat, tiada siapa yang dapat ibu harapkan untuk menjaga Mifzal pada hari itu. Abah Mifzal tidak dapat cuti. Al-maklumlah, cikgu susah nak ambil cuti.

Memandangkan sudah lama Mifzal request untuk menaiki keretapi, ibu ambil peluang ini. Berdebar juga bila mengenangkan pergi berdua sahaja. Asyik terfikir, bagaimana lah karenah Mifzal ketika di dalam ETS?

Mifzal dan Pengalaman Menaiki ETS

Mujur, perjalanan kami dipermudahkan. Kami bertolak pada jam 8.50 pagi dan sampai ke KL Sentral pada jam 9.35 pagi.

20130125_075427

Mifzal sangat teruja apabila pertama kali menaiki ETS, LRT (Kelana Line & Ampang Line). Mulut nya becok bertanya itu dan ini kepada ibu. Letih juga hendak menjawabnya 😀

20130125_100015

Mifzal mula merasa bosan bila urusan ibu yang lama di IPB. Usai pendaftaran semester dan penginapan untuk kelas pertemuan pertama, ibu dan Mifzal bergegas ke KL Sentral semula. Ibu tidak bercadang untuk membawa Mifzal bersiar-siar melawat ke sekitar KL memandangkan tujuan pada hari tersebut adalah jelas. Tidak berani hendak ke tempat lain selain tempat tujuan. Kalau ada Abah Mifzal tidak apa la juga jika hendak ke tempat lain. Lagi pun pagi esok ibu akan ke KL semula untuk menghadiri kelas.

Jam 12.50 tengah hari, kami sampai semula di KL Sentral. ETS ke Sungkai pada jam 2.05 petang. Sementara menunggu, kami menjamu selera di KFC. Dek keletihan mengikut ibu ke sana sini, Mifzal sudah menunjukkan tanda-tanda kebosanannya. Tanpa segan silu, dia bersila di depan ibu sambil ibu beratur untuk membeli makanan. Katanya ” ibu, boboy letih “. Alahai kesian anak ibu.

20130125_130149

Tidak mahu Mifzal terus meragam, ibu belikan Mifzal Arsyad sebuah buku ABC. Mifzal seronok. ” Ibu..ibu, saya suka buku ABC “ ujarnya sambil tak henti-henti menyanyi lagu ABC sampai mengundang ketawa orang-orang di sekelilingnya. Aduhai, anak ibu 😀

20130125_135151

Dalam perjalanan pulang. Mifzal keseronokkan menonton cerita kartun Tom & Jerry di dalam koc. Suara gelak ketawa mifzal seiring dengan bunyi enjin ETS. Ada juga penumpang yang memandang-mandang ke arah Mifzal yang terlebih excited itu. Gamat di koc hilang bila Mifzal terlena.

20130125_151808

Alhamdulillah, kami sampai ke rumah pada jam 3.45 petang. Satu pengalaman yang hebat bagi Mifzal barang kali 🙂

 1,344 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

9 Comments

  1. budak2 kalau bagi cerita kartun, confirm terus senyap.. Nampak muka mifzal.. ceria sahaja.. muka emaknya shj nampak sikit keletihan…. letih melayan mifzal kot.. heee

  2. Tahniah IMA kerana berjaya mengurangkan kesesakkan jalan raya dengan menaiki pengangkutan awam. Kalau ramai orang yang buat camni, mesti tak sesak jalan raya kat KL ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*