Masalah Blog Dah Selesai Ke?

Aduhai pening ibu dengan masalah blog kebelakangan ini. Ada sahaja masalahnya. Dugaan betul dunia berblogging ini. Hari Selasa dan Rabu lepas blog down lagi. Masalah error database. Rasanya bukan blog ibu sahaja, tapi kebanyakkan blog yang menggunakan Fivio Hosting menghadapi masalah ini. Sepanjang beberapa bulan ibu menggunakan khidmat Fivio Hosting ini, beberapa kali juga blog down dan bermasalah. Tetapi nasib baik dapat di atasi.

masalah blog

Untuk kes yang terbaru ini, selepas dapat up balik blog, masalah lain plak timbul. Walaupun ibu log in sebagai admin blog, tetapi ibu tidak dapat mengakses apa yang sepatutnya admin dapat akses. Nak approve komen tak boleh, nak publish entry tak boleh, nak upload gambar tak boleh, nak tukar theme tak boleh apatah lagi nak edit-edit theme. Seperti masalah database tak boleh di kemaskini. Edit guna PhpMyAdmin pun tak boleh. Aduhai!

Maklumbalas Masalah Blog

Ibu hantar lagi support ticket kepada pihak Fivio. Adalah dapat maklumbalas tetapi biasalah  ibu ini agak kurang sabar orangnya. Lambat sangat penyelesaiannya, jadi ibu guna cara ibu sendiri.

Dengan akses ke Cpanel, ibu rename folder asal wordpress dan ibu install baru wordpress serta database baru. Kemudian ibu upload semula post dan page yang lebih dahulu ibu muat turun dan simpan. Leceh kan!

Namun hasilnya positif. Ibu dapat semula akses sebagai admin dan apa yang sepatutnya admin boleh buat. Setakat ini, okay tetapi tak tahu lah kemudian hari. Harap-harap okay lah selalu.

Oh, ibu lupa nak cerita, baru-baru ini juga sebelum Tahun Baru Cina, blog ibu pernah di hacked sekali lagi. Hacker tersebut tukar password dan id ibu. Mujur ketika itu juga ibu masih belum tidur dan asyik melayari blog menggunakan Cik Note. Jadi cepat-cepatlah ibu tukar balik password tersebut. Bila ibu dah tukar, hacker tersebut tukar balik password dan id. 3 – 4 kali juga bertukar-tukar password dan id itu. Selepas itu, ibu terus tukar password cpanel sebab risau kalau-kalau hacker itu dapat akses ke cpanel pula.

Penyebab hacked? Ibu rasa kerana ibu ada upload file theme versi percuma yang ibu download dari sebuah website (dah lupa nama website itu). Ibu pun dah delete dah file tersebut. Jadi selepas ini, ibu kena lebih berhati-hati, memang tidak mahu lagi download free theme dari website lain. Lebih baik guna free theme dari wordpress sahaja.

 1,062 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*