Teruja juga ibu, bila mendapat tahu maklumat mengenai peratus pemberian dividen Tabung Haji bagi tahun 2012.
Pihak Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengumumkan dividen tabung haji sebanyak 8 % bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 iaitu merangkumi dividen tahunan sebanyak 6.5 % dan dividen khas Jubli Emas sebanyak 1.5 %. Khabarnya antara peratusan yang tertinggi dalam pemberian dividen oleh Tabung Haji.
Wah!! Sengih lebar lah para penyimpan dan pendeposit Tabung Haji. Ibu, Abah Mifzal & Mifzal juga antara pendeposit Tabung Haji. Tetapi, simpanan kami tiga beranak ini tak adalah banyak mana pun :p
Ibu, sudah pun membuat arahan tetap pemotongan gaji ibu ke akaun Tabung Haji ibu dan Mifzal. Senang kalau buat simpanan melalui potongan gaji ini. Tidak perlu beratur di kaunter setiap bulan.
Insya Allah, ada niat nak daftarkan haji nanti. Nak daftar haji kena la ke kaunter jua 🙂
812 jumlah dibaca, 6 dibaca hari ini
lebih baik sikit daripada tak de langsung kan…hehe
yup PM danwife pun teringin untuk berdaftar dengan TH dalam masa terdekat nih…
info yang memang dicari2 orang ramai 🙂
saya banyak masukan duit dlm asb , tup2 tabung haji lg tinggi .. haha tahun ni kita cuba masukkan duit dlm tabung haji pula la …
TH memang dari dulu lagi beri dividen yang tinggi
Ibu tak daftar haji lagi? Saya daftar tahun lepas dapat giliran tahun 2055.. emmm.. Entah ada lg entah tidak.
alhamdulillah rezeki, daftar haji cepat2 tau ainey, aju dftr bulan 11, lagi 43 tahun baru dapat gi ;(
tinggi juga tu 8 percent.. mmg untung yg menyimpan dlm tabung haji…
banyak tu tapi simpanan saya sikit sgt…nak kena menyimpan lebih ni..
moga dapat memberikan manfaat untuk menunaikan haji nanti.
kena banyak menyimpan lagi ni