Dividen Tabung Haji (TH) Bagi Tahun 2012

Teruja juga ibu, bila mendapat tahu maklumat mengenai peratus pemberian dividen Tabung Haji bagi tahun 2012.

Pihak Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengumumkan dividen tabung haji sebanyak 8 % bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 iaitu merangkumi dividen tahunan sebanyak 6.5 % dan dividen khas Jubli Emas sebanyak 1.5 %. Khabarnya antara peratusan yang tertinggi dalam pemberian dividen oleh Tabung Haji.

Wah!! Sengih lebar lah para penyimpan dan pendeposit Tabung Haji. Ibu, Abah Mifzal & Mifzal juga antara pendeposit Tabung Haji. Tetapi, simpanan kami tiga beranak ini tak adalah banyak mana pun :p

Ibu, sudah pun membuat arahan tetap pemotongan gaji ibu ke akaun Tabung Haji ibu dan Mifzal. Senang kalau buat simpanan melalui potongan gaji ini. Tidak perlu beratur di kaunter setiap bulan.

Insya Allah, ada niat nak daftarkan haji nanti. Nak daftar haji kena la ke kaunter jua 🙂

 773 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

11 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*