Keputusan Peperiksaan Semester 4 (Julai 2012/2013)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Alhamdulillah, Syukur kepada-Mu Ya Allah.

Lega perasan ibu yang tak keruan 2-3 hari kebelakangan. Akhirnya, hari ini, keputusan peperiksaan akhir semester lepas (Semester Julai 2012/2013 UUM PLK) telah pun diketahui. Berdebar hati semasa membuka portal UMIS UUM pagi tadi. Keputusannya tidak terduga. Lebih baik dari apa yang ibu jangkakan. Alhamdulillah, syukur.

semester julai 2012/2013 UUM PLK

Ini kali kedua ibu dapat result PMS @ GPA sebegini. Kali pertama dulu ketika keputusan peperiksaan semester 1. Sekali gus, melayakkan ibu sekali lagi untuk menerima Anugerah Dekan. Syukur, diberi nikmat ini.

Gembira lagi, bila PMK @ CGPA Keseluruhan naik, walaupun kenaikkannya cuma 0.06 sahaja tetapi sangat bermakna. Dan, Ibu harus berusaha lebih keras selepas ini untuk memastikan PMK @ CGPA ibu terus meningkat dan kekal di Kelas Pertama. Aduhai, sangat berat rasanya tugas ini. Doakan ibu ya 🙂

ps : Tahniah, juga buat rakan-rakan sekelas ibu, penat lelah kita semester lepas membuahkan hasil, alhamdulillah.

Jom Kongsi!

About Ibu Mifzal 1591 Articles
Ibu Mifzal - Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa

Related Posts :



14 Comments

  1. Salam….
    Saya penuntut PLK UUM intake april 2013.
    Baru dpt keputusan mid sem. Lepas raya akan final exam.
    Nak tanya kalau kita dpt keputusan mid sem lingkungan 30-50/60 untuk mid sem …boleh score A tak bila finale nnt.
    Saya amik couse BPM jgak…
    Advice please….

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge