Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Kadar dividen ASB bagi tahun 2012 telah giumumkan pada 21 Disember 2012 oleh Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.
Pada tahun 2012 ini, pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen 7.75 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2012. Sejumlah 7.82 juta pemegang unit, yang kini memiliki sejumlah 110.2 bilion unit ASB, juga akan menerima bonus sebanyak 1.15 sen seunit.
Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata bahagian agihan pendapatan membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM8.13 bilion manakala bayaran bonus sebanyak RM712.21 juta.
Sumber : BERNAMA.
Wah…naik sedikit kadar dividen ASB berbanding tahun 2011. Okay lah. Ibu pun kena cari balik ni mana simpan buku pelaburan ASB ni, nak check ada berapa baki.. hehe
Para pelabur ASB boleh mengeluarkan pulangan dividen dan bonus ni bermula minggu pertama Januari 2013 nanti. Wah!! senyum lebar nampak 😀
Untuk contoh kaedah pengiraan dividen ABS, boleh rujuk SINI
1,077 jumlah dibaca, 2 dibaca hari ini
tahun depan kena banyakkan menyimpan kurangkan pengeluaran
betul..kena byk menyimpan dah..
saya memang tak ada ASB …haha
Lepas ni berderet la pelabur keluarkan duit atau kemaskini akaun ASB tu kan.. Saya je takda ASB.
Nanti lepas check boleh la belanja keluarga makan besar,.hehe
bolehlah belanja nanti ye. hehe..
wahh rezeki hujung tahun ni ibu, alhamdulillah