Drama Sehangat Asmara

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Akhirnya, drama adaptasi novel  yang ibu tunggu-tunggu, Sehangat Asmara bakal menemui peminat drama tanah air pada 7 Januari 2013 ini. Oh! tak sabarnya nak tengok. Yang ini pasti, ibu akan ikuti dramanya. Ingat lagi masa baca novel Sehangat Asmara dulu, memang dibuai perasaan. Suka sangat dengan watak Kay & Zainal Arief. Romantik!

Drama ini bakal menggantikan drama Adam & Hawa di saluran Astro Mustika HD. Pelakon utama dalam drama ini adalah Rita Rudaini & Adi Putra. Rita Rudaini membawa watak Kamalia Najwa @ Kay dan Adi Putra pula berlakon sebagai Zainal Arief. Drama ini diarahkan oleh Feroz Kadir dan cerita serta skrip ditulis oleh Aisya Sofea, Eanaz Mokhtar dan Rozie Rashid.

sinopsis drama sehangat asmara

Sinopsi Drama Sehangat Asmara

Sinopsis dan jalan cerita dalam novel, mengisahkan Kamilia Najwa atau Kay yang melanjutkan pelajaran di London, bertemu dengan Zainal Arief. Kay seorang gadis yang agak sosial, Zainal telah jatuh cinta dengan Kay dan mahu merubah hidup Kay yang hanya hanyut dalam dunia sosialnya. Mereka berkahwin di luar negara tetapi perkahwinan mereka tak direstui oleh keluarga.

Zainal balik ke Malaysia terlebih dahulu tetapi Zainal menghilangkan diri meninggalkan Kay yang sedang hamil anak mereka di luar negara. Kay sangat rindukan Zainal tetapi suaminya tu tetap tak muncul, Kay dibawa pulang ke Malaysia oleh keluarganya dan mereka memaksa Kay lupakan Zainal.

Setelah 9 tahun berlalu, anak mereka sudah membesar barulah Zainal muncul untuk menuntut hak sebagai bapa kepada anak perempuan mereka , Misya. Zainal ternampak wajah Kay dan anak perempuan mereka dalam sebuah majalah dan dia tidak menyangka ada seorang anak perempuan. Kay menyimpan dendam pada Zainal dan tak mahu membenarkan Zainal menghampiri Misya kerana meninggalkan dia selama 9 tahun tanpa kabar berita.

Apabila Zainal mahu membawa kes ke mahkamah barulah Kay lembut hati membenarkan Zainal bertemu anak mereka. Hubungan mereka kembali rapat dan Zainal masih ada perasaan cinta lagi dengan Kay, sedangkan pada ketika itu keluarga Kay mahu Kay berkahwin dengan Azman. Zainal mula meraih cinta dari Kay semula kerana mahukan keluarga yang bahagia dengan Kay dan anak mereka. Misya pula sedah rapat dengan Zainal, demi anak mereka Kay hidup semula dengan Zainal walaupun dia masih lagi berdendam dengan Zainal.

Kay masih tertanya-tanya mengapa lelaki itu meninggalkan dia selama 9 tahun tanpa kabar berita. Rahsia terbongkar apabila Kay bergaduh dengan adik Zainal kerana Kay masih menuduh Zainal sebagai lelaki tak bertanggungjawab kerana meninggalkan dia selama ini.

Rupanya Zainal meninggalkan Kay dan pulang ke Malaysia kerana dia telah diugut oleh bapa Kay yang kaya dan berpengaruh. Bapa Kay mengaku akhirnya yang dia menjadi punca Kay dan Zainal berpisah, tetapi bapa Kay sudah insaf dan mahu Kay dan Zainal berbaik semula.

Ye happy ending akhirnya Zainal dan Kay hidup bahagia dengan anak mereka Misya.

Sumber : Nurizspace

ps : oh! sangat tak sabar nak menonton drama ini 😀

 2,239 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*