Android Tablet Untuk Mifzal Arsyad

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Dek kerana selalu berebut cik note & si pabble blue dengan ibu dan Abah Mifzal untuk bermain games, Mifzal Arsyad dapat sebuah Android Tablet akhirnya.

image

Mifzal Arsyad : “Ibu belikan saya telefon ke?”
Ibu : “Ya… abah beli..boboy gembira ke?”
Mifzal Arsyad : “Ya…saya gembira…saya sayangkan Abah dan Ibu” (sambil peluk kami)

Bajet memang mahu belikan Mifzal Arsyad sebuah tablet yang murah-murah je. Android tablet 7″ made in China berharga RM299 sahaja yang berspesifikasikan kelajuan processor 1GHz dan 512 RAM serta berkapasiti 4GB dengan dioperasikan menggunakan Android 4.0.3 ICS ini dibeli ketika mengunjungi Perak IT Fair di Stadium Indera Mulia, Ipoh pada hari Sabtu tempoh hari.

Padan lah untuk digunakan bermain games sahaja. Bukan apa, dak boboy ni kalau dapat telefon ibu atau abahnya, kalau games tu x dapat seperti yang dia kehendaki, dia akan anggap telefon itu yang tidak berfungsi, bukan disebabkan dia yang tak pandai bermain. Jadi mula lah dia melepaskan perasan geram dan tidak puas hatinya pada telefon itu yang kononnya tidak berfungsi bagi dia.

Mifzal Arsyad : “ibu…buang dia. Nya dah tak berfungsi”

Disuruhnya ibu membuang cik note ibu itu ke dalam tong sampah…amboi!!

Hehe…macam-macam karenah dak boboy ibu ini yang buat ibu geram dan geli hati.

wpid-mifzal-arsyad.jpg

Posted from My Samsung Galaxy Note

 869 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

13 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*