Terasa Seperti Syok Sendiri Pula :p

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Minggu ini minggu sibuk ibu. Kelam kabut rasanya menyiapkan task bagi mengadakan program Kursus Khas Peserta Azam Tani 2012 anjuran pejabat ibu ini. Al-maklum lah, kakitangan di pejabat ini tidak ramai, jadi tugas-tugas yang perlu disiapkan tak dapat banyak dibahagikan. Walaupun begitu, dalam kelam-kabut itu, mujurlah, hampir 90% sudah siap. Ibu sebagai penyelaras program kursus ini. Perasaan gementar ada selagi kursus belum berjalan. Semoga ia berjalan lancar seperti yang dirancangkan.

Pengurusan kewangan peribadi secara berhemah

Berkaitan dengan tajuk, memang terasa seperti syok sendiri pula, kerana di dalam kursus ini, ibu bukan sahaja sebagai penyelaras kursus tetapi turut menjadi panel penceramah juga. Ini bakal menjadi pengalaman pertama ibu sebagai panel penceramah setelah menghadiri kursus Training Of Trainers (TOT) di Pan Pasific Hotel, KLIA tempoh hari. Nak tergelak pun ada juga, Ketaq lutut pun ada juga, macam mana lah agaknya respond peserta bila tengok, ibu pun sibuk nak bagi ceramah juga..hehe..tak apa lah, ilmu yang ada haruslah dikongsikan.

Dalam kelam-kabut menyiapkan program kursus, ibu juga masih lagi kelam kabut menyiapkan slide untuk slot ceramah ini. Tajuknya? “Pengurusan Kewangan Peribadi Secara Berhemat”. Golongan sasar kursus ini adalah peserta-peserta Azam Tani (peserta e-kasih yang berstatus miskin tegar & miskin). Kira modul ini memang sangat bersesuai untuk mereka setelah para peserta ini mendapat bantuan peralatan untuk menjalankan kegiatan ekonomi yang mampu menjana pendapatan dan meningkatkan taraf hidup mereka.

Sebenarnya bukan untuk mereka sahaja, kita ini pun perlu tahu atau belajar bagaimana menguruskan kewangan peribadi kita secara berhemat kan. Supaya kita dapat mengurus kewangan kita dengan sebaiknya.

ps : Apa pun, dalam gementar, ibu pun sangat tidak sabar untuk menghabiskan kursus ini. Lepas ini nak pulun bercuti pula. Hujung-hujung tahun ini adalah waktu sibuk, kalau dapat bercuti memang terasa nikmatnya 😀

 1,085 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

10 Comments

  1. Nak kongsi sikit.. Saya pernah terbaca satu research tentang peserta program seiras azam tani ni, masa kursus dan setelah bantuan diberikan mula2 semua berjalan lancar. tapi dapatan research itu sangat mengejutkan. rupanya tak ramai yang berjaya hingga menjadi seperti diharapkan. rupanya tiada pemantauan.

    mungkin ini sebagai peringatan. dah adakan program, kena buat susulan lawatan atau sesi checking para peserta.

    • hmm…sebagai pegawai yang secara langsung dalam unit permbasmian kemiskinan ini, sy tak nafikan apa yang cikgu maklumkan itu. Pemantauan secara menyeluruh (100%) adalah amat sukar kerana kekangan bilangan pegawai yang ada, berpuluh-puluh orang peserta dipantau oleh hanya seorang pegawai. lokasi projek pula bukan sekitar pejabat tp merata di dalam daerah dan pegawai juga turut dibebani dengan tugas-tugas hakiki yang lain, TETAPI itu tidak bermakna langsung tiada pemantauan dibuat., tiap2 bulan pelaporan kemajuan projek peserta perlu dihantar ke Ibu Pejabat.

      Bagi saya, penyebab utama kegagalan program ini adalah kerana sikap peserta itu sendiri. Peralatan sudah diberi, latihan kemahiran dan kursus juga sudah diberi, pemantau juga dibuat secara berkala, apa lagi yang diperlukan? kalau hanya mengharapkan semuanya hendak disuapkan ke mulut memang susah lah nak berjaya.

      Bagi saya juga, adalah tidak adil sekiranya hanya menyalahkan pegawai, semua pihak terutamanya peserta perlu memberi kerjasama yang sebaiknya untuk memastikan setiap projek yang diceburi berjaya meningkatkan taraf hidup peserta.

      “Tiada siapa yang dapat mengubah nasib seseorang individu melainkan individu itu sendiri ingin berubah.”

    • hehe..menguruskan kursus itu dah biasa sbb mmg tugas. tp bila pertama kali kena jadi panel penceramah ini, mmg buat hati rs x tenang..duduk memikirkan mcm mana reaksi pendengar…tp bila dah habis program..lega dah.hehe

  2. Semoga semuanya berjalan lancar ibu, insyaALLAH semua akan okay tu… biasalah kadangkala kita ni gemuruh tanpa sebab yang kukuh, bila dah hadapi, takder apa2 pun.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*