Salam Maal Hijrah – Doa Akhir & Awal Tahun Hijrah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sedar tak sedar, esok dah masuk tahun baru Islam, Awal Muharram atau Maal Hijrah. 1 Muharam, adalah permulaan detik sejarah penghijrahan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW bersama para sahabat dari Kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi. Tarikh ini juga diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah

Doa Akhir Tahun Hijrah

Sunat dibaca pada akhir waktu asar (sebelum masuk waktu maghrib) pada 29 atau 30 Zulhijjah sebanyak 3 kali. Dengan izin Allah SWT, akan mendapat perlindungan daripada Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta diampunkan dari semua dosanya yang setahun terdahulu.

doa akhir tahun islam

 

Doa Awal Tahun Hijrah

Sunat dibacakan doa ini tiga kali selepas solat maghrib pada 1 Muharram. Dengan izin Allah SWT, akan mendapat perlindungan daripada gangguan syaitan kerana Allah SWT telah memerintahkan dua malaikat untuk melindungi sesiapa yang membaca doa ini dari gangguan syaitan selama setahun kehadapan.

doa awal tahun hijrah

ps : Wallahu’alam

 2,950 jumlah dibaca,  4 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

14 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*