Bounce Rate Yang Menurun

Teruja ibu bila bounce rate atau kadar lantun blog ini dah menurun. Dari lebih 80% ketika blog ini dijenamakan semula, kini semakin menurun sehingga 35% bagi tempoh sebulan.

bounce rate

Yang buat ibu agak terkejut bila daily bounce rate yang dulu peratusannya berpuluh-puluh sehari, tapi buat seminggu ini peratusannya menjunam sehingga 1%. Bagaimana boleh turun sebegitu drastik? Ibu tak pasti. Mungkin penangan drama Adam & Hawa kot. Dan, tak tahu lah selama mana dapat bertahan ni 😉

Apa Itu Bounce Rate?

Oh! Bagi yang belum tahu mengenai kadar lantun ini. “Bounce rate is the percentage of single-page visits or visits in which the person left your site from the entrance (landing) page”. Mengikut pemahaman ibu, kadar lantun ni merupakan peratusan pembaca atau pelawat blog yang meninggalkan blog setelah membaca 1 entri atau halaman tanpa membaca entri lain atau melawat halaman lain. Kiranya, semakin rendah kadarnya, semakin bagus kualiti blog tersebut. Kadar lantunan yang terbaik adalah di bawah 30%.

BACA INI : Maaf, Ia Antara Penyebab Blog Loading Jadi Sangat Perlahan

Macam  mana nak check? kalau ibu, ibu guna code google analytics saja.

Err, kalau kurang faham dengan ayat ibu ini, boleh lah google mengenai kadar lantun ini. Ibu nak cerita pun, ibu juga kurang arif mengenainya. 😉

ps : nak letak target la..bulan depan nak dapatkan kadar yang kurang dari 30%, mampu kah?

Posted from My Samsung Galaxy Note

 924 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

21 Comments

  1. kalau kena dengan susunatur blog, tak mustahil dapat bounce rate bawah 30%. kadang-kadang susunan blog kita carca marba menyebabkan orang lebih senang tekan X daripada tekan artikel lain.

  2. Tahniah diucapkan kerana bounce rate dah menurun dengan mendadak tu… 😀 bukan mudah nak dapatkan penurunan mendadak sampai macam tu sekali… tahniah sekali lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*