Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Sebelum itu, ibu nak ucapkan tahniah pada kawan sekelas ibu, yang baru dapat tahu yang beliau akan menimang cahaya mata tidak lama lagi. Kawan ibu itu, sebelum ini ada juga bertanya pada ibu, bagaimana mahu mengenali tanda-tanda berbadan dua? Okay, suka untuk Ibu kongsikan info ini untuk tatapan semua.
10 TANDA HAMIL
Sekiranya anda sangat memahami tubuh anda, anda mungkin mula terasa sesuatu yang tidak kena pada badan anda. Kebanyakan wanita tidak mengesaki diri mereka mengandung sehingga janin yang sedang terbentuk mula merapatkan dirinya kedinding rahim. Segelintir pula masih tidak merasa apa-apa simptom sehinggalah beberapa minggu selepasnya atau setelah mereka tidak mengalami haid pada hari yang sepatutnya.
Dibawah terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung!
1. Rasa lapar yang berpanjangan
Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.
2. Perubahan pada warna di sekeliling payudara
Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.
3. Kerap membuang air kecil
Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.
4. Merasa tidak bermaya
Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.
5. Sakit dan tegang pada buah dada
Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.
6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari
Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.
7. Rasa loya dan muntah
Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandung.
8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan
Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.
9. Missed period
Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.
10. Ujian air kencing yang positif
Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan…
Setiap individu, kadang-kadang akan mengalami simptom yang berbeza-beza. Tetapi kebanyakkan ibu mengandung, pasti akan merasai 10 tanda hamil ini. Tahniah, Â jika anda salah seorang darinya. Pada yang belum, Insya Allah, anda pasti merasainya tidak lama lagi…aamiin..
ps : bila dapat rasa tanda-tanda ni kembali? 😀
2,403 jumlah dibaca, 2 dibaca hari ini
last period dtg 25.2.2015 dan smpai skrg xdtg lg…..nk wat test hamil trasa tkt sbb sy prnh alami kguguran 10minggu kndungan pd 10.2014….skrg kpala trase pening dan bdn terasa tidak brmaya…..so apa pndapat ibu mifzal memandangkn sy xde pngalaman mcm ibu2 lain..
sy dah lewat 8 hari tapi haid sy kadang x teratur mmbuatkan sy takut untuk buat pregnant test huhuhu..semoga Allah makbulkan doa2 kami semua..aamiin
Salam mohon jawab. Brharap sngat prenant. Haid sy sntiasa teratur tiap bulan dok pnah lewak. Skrang ni sy lewak haid dlm 7hari .check air kencing beli alat test prenant . Tp jalur 1 saje tak mengandung. Adakah terlalu awal sy check.
Mungkin awal sgt kot . Try dlm mase smggu lagi
depend pd hormon..mcm sy seawal seminggu period lambat dah naik double line samar2..
try check lg..pastikan check di awal pg utk lebih tepat
Sy nk tny last period sy pd 26/9-30/9.. ada sy pregnant sb rasa muntah je
Sy nk tanya adakan sy pregnant..period sy mai 8/6-14/6..sebentar td sy naek mto dan terhentak agk kuat.apabila turun dri mto.perut sy skt sgt.senak kt bhgian ari2.dh 4 jam still skt lgi..adekan sy pregnant yer
Saya dulu lau pregnant mest iakan kena morning sickness. tanda lain setiap kali gosok gigi rasa macam nak muntah. bile cek awal2 -ve, tapi bila masuk minggu ke-7&8 bru positif. ( izinkan saya untuk berkongsi sedikit info diruangan ini. adakah sesiapa yang sedang mencari kerja sambilan hanya dari rumah?? jika ya, anda boleh klik link di bawah atau anda boleh menyalin dan taipkan di carian google. TANPA MODAL DAN SANGAT MUDAH. yang pastinya anda tidak akan rugi apa2. cuba sekarang!!)
http://Youthweeklypay.com/?invite=18308
salam…sy nk tanya,sy x datang period baru sebulan,sy ada ada rs perubahan dengan perut sy,ramai tegur sy mengandung termasuk emak sy,emak sy ada suruh pergi check utk dpt kepastian sama ada sy mengandung@x,tp sy x pergi check sbb sy takut frust mcm sebelum ni,utk pengetahuan,sy sering rasa pening kepala sekejap2,dlm mulut sy rasa manis walaupun sy x mkn apa2,still rasa manis,,rasa kembong perut mcm angin,kdg2 rasa cekang perut,kerap rasa nk mkn…sy jd letih,sengal2 badan,sakit pinggang…kencing pun agak kerap juga…utk makluman,sy seorang pengidap tyroid(hormon)…sbb ni jgkla sy rasa mustahil utk mengandung memandangkan hormon dlm badan sy x stabil&ubat yg d beri oleh pakar sgt panas,CABIMAZOL&PROPRANOLOL HYDROCHLORIDE…dan sy berhenti mkn ubat hsptl hampir 6 bln,alhamdulillah ok,period sy setiap bulan berjalan mcm biasa,cuma utk sebulan ni sj yg x dtg,kdg2 sy brasa senak pd ari2…apa yg sy nk tau adakah sy pregnant?blhkah pesakit tyroid mengandung?apa yg ptt sy bwt?terima ksh
salam…saya ade sorang ank dah..baru setahun 3 bulan…tak ambil mana2 pil perancang…haid pun teratur…masalah skarang dah lewat seminggu…sya belum wat urine test sebab ade org kata, ibu yg menyusukan badan bayinya boleh jarakkn kehamilan..betul ke? tanda2 no 1, 8 & 9 tu ada lah saya kesan…
tanda no1 tu tanda yg terawal saya dapat. hehe
emm 10 tanda tu semua nya betul belaka..haha..maklum la sy seorang suami merangkap seorang ayah..bab ni dah ada pengalaman ler…hahahaha
Yg dah ada pengalaman isteri mengandung leh tahu tanda2 hamil kan..
ha ah..betul dah tu..ingt pengalaman isteria mengandung, rasa nak tergelak pun ada..hehe..sweet sour lah katakan..haha
xdpt nk merasa lg..hehehe
no 9 dgn no 10 tu yang paling jelas la… hehe
Hehe… Ya mmg jelas…
masa isteri saya mengandung…mcm ni la isteri saya alami…risau tengok keadaan isteri dan kandungannya…:-)
Bagus kalu suami dpt faham kesulitan yg dihadapi oleh ibu mengandung…
sy dah lewat period lewat dah 10 hri semoga ini hadiah ulang tahun perkahwinan kami…
ok ibu aju try dulu tq ye 😉
Okay…kalau x dpt jugak…bagitau ya…
para lelaki pun perlu tahu juga ni.. 🙂
hihi ingatkan boboi nak dapat adik tadi ibu aju dah lama nak cakap tapi malu, nak mintak tolong ibu, install kan diy themes macam ibu punya yang dulu tu, kalau ibu sudi bgtau ye, kalau tak berkesempatan pon tak ngape, saje je 😉
lambat lg kot boboy dpt adik..kasi ibunya abis belajar dulu…hehe..
insya allah, cuma skang ni sy agak sibuk. biasalah hujung tahun..kalau nak buat kt rumah susah sket sbb connection internet kat rumah sy sgt slow.
kalau aju nak cuba sendiri dulu. boleh try. kat themes tu klik install themes, klik upload, pastu klik choose file, then pilih file yang sy berikan pd aju tempoh hari. lepas tu klik install now.
lepas tu activate kan mcm biasa.
step kedua kena access cpanel. kena cr folder custom_sample
caranya masuk file manager -> wp-content -> themes -> thesis_184
kemudian tukarkan nama folder custom_sample kepada custom
selepas tu..aju boleh ubah setting theme ni dengan mudah.
jika, x boleh, sy cuba buat bila sy agak lapang nnt. dan sy memerlukan akses ke dashboard wordpress blog aju dan juga akses ke cpanel.
ps : sy menulis ni berdasarkan memory sy.. if salah step, bagitau ya. if aju nak cuba dulu buat.