Mula Menulis Kerana Anak

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pengalaman melahirkan anak sememangnya cukup berharga bagi seorang wanita yang bergelar ibu. Tidak semua wanita di dunia ini dapat merasai pengalaman yang amat indah itu. Begitu juga dengan Ibu Mifzal ini.  Atas sebab itu, kegembiraan ini ibu zahirkan di dalam bentuk tulisan untuk dijadikan tatapan ibu di kemudian hari.

Mifzal02

Sejarah penulisan bermula ketika ibu mengandungkan Mifzal. Ibu aktif di forum Mengandung.Com, berkongsi pengalaman dan mencari ilmu bersama-sama kawan-kawan maya di forum tersebut. Kemudian ibu beralih angin ke Fotopages. Bersesuai dengan konsep Fotopages, tidak banyak dapat ibu  kongsikan di situ melainkan dengan gambar – gambar Mifzal sahaja. Mencari sedikit kelainan lebih kepada mengikut rentak kawan-kawan maya sebenarnya, ibu menulis pula di blogspot. Dari situ lah ibu, mula mengenali dunia blogging yang sebenar sehinggalah memiliki domain sendiri.

Pada permulaan dari tahun 2008 – 2010, sememangnya kena dengan niat sebenar berblogging, blog ibu lebih berkisarkan kisah anak, keluarga dan persekitaran ibu sahaja. Blog ini menjadi diari online buat ibu. Pembaca setia blog ibu ketika itu pun lebih kepada ibu – ibu yang sama-sama suka bercerita mengenai perkembangan anak masing-masing.

Namun masa terus berubah, kini blog ibu menjadi lebih terbuka. Bukan hanya berkisarkan kisah anak dan keluarga sahaja, turut ibu selitkan juga entri-entri berkaitan isu semasa, infomasi, hiburan dan lain-lain. Bukan apa, terikut-ikut juga dengan kawan-kawan blogger yang dah ramai berjaya menjana pendapatan melalui blog masing-masing. Teringin juga ibu merasa pengalaman baru pula..pengalaman buat duit dengan blog kan. Blogger Yanmie & Puanbee menjadi sumber inspirasi ibu.  Banyak ilmu blogging yang ibu dapat dari blog mereka. Terus-terang, ibu bukanlah penulis yang hebat yang mampu menarik pembaca untuk kekal setia dengan blog ini. Jadi, ibu harus berusaha untuk itu. Dan,sehingga kini ibu masih berusaha, walaupun ada kekangan masa dan tugas untuk ibu.

ps : Entri ini untuk menceritakan pengalaman  blogging ibu dan juga untuk menyertai contest yang dianjurkan oleh Eizil.Com. Jom ramai-ramai kita join 🙂

Jom Kongsi!

About Ibu Mifzal 1591 Articles
Ibu Mifzal - Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa

Related Posts :



16 Comments

  1. Sungguh menarik dgn blog ibu ini,
    Banyak berkisarkan ibu anak dan keluarga,
    Semoga blog ibu menjadi inspirasi,
    Untuk terus kekal menjadi sebuah blog ternama.

    Entri yang dihasilkan amat bermaklumat,
    Banyak tip-tip berguna boleh diikuti,
    Semoga berjaya dlm persaingan yang sihat,
    Untuk terus kekal menghasilkan entri yang berkualiti.
    Jom baca entri di blog sensasi2020 : Kenapa Aku Menulis Blog Dan Apakah Penyebabnya?My Profile

    • blogspot bukannya selfhosted ya..is guna host blogger.com. mcm juga wordpress..biasalah..mengikuti perkembangan dunia blogging..bila dah ada domain n hosting sendiri lebih puas..n pd sy, wordpress lebih user friendly berbanding blogspot n x memeningkan kita utk kisah psl coding sgt..lg 1..bila platform free ni mestilah limited berbanding dgn yg berbayar kan…

      by e way..thanks 4 e wish..

  2. Pengalaman yang tidak akan dilalui oleh seorang bapa; melahirkan anak, seringkali membaca pengalaman-pengalaman para ibu melalui detik getir itu, pelbagai perasaan yang dirasai, begitu kuat seorang ibu yang mampu menempuh jerit perih ketika melahirkan anak-anak mereka.

    Terima kasih ibu kerana berkongsi sedikit sebanyak pengalaman ibu, semoga blog ini terus berada di persada alam maya.
    Jom baca entri di blog Eizil : Pelbagai hadiah untuk dimenangi, contest pertama besar-besaran.My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge