Sinopsis Drama Kau Yang Terindah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Drama terbaru di Slot Akasia TV3 yang akan menggantikan drama Deejavu Di Kinabalu yang akan habis siarannya x lama lg. Drama 26 episode ini akan ditayangkan pada 6 Ogos 2012 nanti. Dilakonkan oleh Neelofa, Hafil Andrio Putra (pelakon Indonesia) & Nazim Othman.

 

Sinopsis Drama Kau yang Terindah

Drama Kau Yang Terindah mengisahkan tentang Firman (Hafil Andrio Putra) yang berhijrah ke Malaysia untuk bekerja. Firman merupakan anak pembantu rumah Alisya (Neelofa). Firman juga bekerja menjadi pembantu bersama ibunya di rumah Alisya.

Hari demi hari, Alisya telah jatuh cinta dengan Firman tetapi Firman menolaknya pada awalnya. Tetapi, lama kelamaan Firman juga akhirnya jatuh cinta kepada Alisya. Kerana perbezaan darjat, keluarga Alisya tidak bersetuju dengan percintaan Alisya dan Firman. Keluarga Alisya telah menjodohkan Alisya dengan Kapten Syamiel (Nazim Othman). Kapten Syamiel amat mencintai Alisya.

Akhirnya, Firman akur dan berhijrah ke Mekah. Adakah Alisya akan mencari cinta sejatinya Firman ke Mekah? Bagaimana kisah cintanya? Sama-sama kita saksikan sebuah lagi drama hebat dalam slot Akasia TV3.

 sumber gambar & sinopsis : Edtv

ps : boleh layan sambil buka puasa nanti..hehe

 2,466 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

6 Comments

  1. Ermm…. jalan ceritanya menarik. Ada terdengar juga neelofa pergi mekah utk pengambaran drama. Drama ini lah kot rupanya. Tapi nak buat camne.. mmg xsuka tgk drama. Terlalu bermain dengan perasaan sangat hihi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*