Dapat Lagi Buffered Earning Dari Nuffnang

Lama tak cerita tentang Buffered Earning atau BE dari Nuffnang. Bukan apa, sebelum ini rasanya sudah lama tak dapat BE yg diberikan oleh Nuffnang. Tetapi ada rezeki pula pagi ini. Tengok-tengok ada lah seketul menari-nari dekat blog. Eh! Seronok lah, duit tu. Hehe, mata duitan betul ibu ni kan? Bukan apa, boleh juga dibuat kumpul bayar yuran semester UUM nanti. Boleh gitu? Hehe, boleh lah kan buat top-up yang mana tak cukup nanti. :p Begini lah bila sambung belajar self sponsered. Kena fikir mana nak cari duit nak untuk buat bayar yuran..huhu

iklan samsung galaxy s3
Iklan BE

Okay, berbalik pada BE. Kali ni dapat BE daripada iklan Digi Samsung Galaxy S3. Wah! kalau betul-betul dapat Samsung Galaxy S3 free lagi cantik!,Hehe, kalau free ibu nak lah tapi kalau kena beli tak kot rasanya. Haha! Ala. sebab design tak comel lah bagi ibu. Huhu.

Hope buffered earning ini boleh menyumbang pendapatan blog yang lebih lumayan. Nak cerita juga tapi bukan lah hendak show off pula, paling banyak blog ini boleh dapat duit Ringgit Malaysia dengan BE masa hujung-hujung tahun lepas. Dengan satu BEĀ  blog ini dapat lebih daripada RM320.00. Itu untuk satu iklan lah.

Tetapi memang ambil masa yang lama untuk iklan BE itu running dekat blog. Hampir 4 bulan baru dapat jadi metered earning. Tapi kan, untuk blogger picisan macam ibu ini kira amount tersebut memang banyaklah. Kalau blogger otai, taip satu patah perkataan kat entri pun dah dapat ribu-ribu. Hehe.

senarai BE
BE

Apa-apa pu, sangat-sangat bersyukur sebab bermain dengan blog ini hanya separuh masa sahaja. Namun, rezeki dari Allah, dapat juga merasa pendapatan pasif daripadaa blog yang tidak seberapa ini. Moga rezeki semakin murah. Alhamdulillah.

 1,229 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

4 Comments

  1. tahniah kerana dapat jugak BE dari nuffnang.macam saya nie dah la tak dapat BE, status gelihati jugak telah dilucutkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*