Tahniah Yatt Kerana Bertudung

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kebelakangan ni, banyak berita mengenai penghijrahan artis-artis dari sebelumnya tidak menutup aurat kepada menutup aurat (bertudung). Alhamdulillah, suatu berita yg menggembirakan..

Kali ini, pelakon Hayati Hamzah atau lebih dikenali sebagai Yatt memakai tudung tanda pemulaan hijrahnya..

lagi artis dah bertudung.Yatt Hamzah Bertudung Takut Azab Allah.

“Alhamdulillah, sebenarnya sudah lama saya memasang niat untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Selepas pulang dari kelas usrah semalam, hati saya tergerak untuk mengerjakan solat sunat taubat.

“Ketika itu, saya dapat rasakan sudah tiba masanya untuk saya berubah. Dapat saya membayangkan bagaimana seksaan di akhirat nanti. Bermula pagi tadi, saya terus mengenakan tudung sebelum keluar rumah.”

“Doakan semoga perubahan saya ini mendapat keberkatan daripada-Nya dan biarlah saya kuat untuk menghadapi apa saja ujian terutama dalam industri ini,” kongsi Yatt dengan nada sebak.

sumber : Facebook Tentang Dhia (Slot Akasia)

Baguslah sbb tak terlewat lagi, pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-hambaNya yang ingin bertaubat.

ps : jom sama-sama kita muhasabah diri.. cantik tul yatt nga imej barunya. 🙂

 2,101 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*