Drama Seindah Sakura Di Slot Akasia TV3

Assalamualaikum WBT & Salam  Sejahtera

Drama terbaru di Slot Akasia TV3 bakal menemui peminat-peminat drama melayu tempatan pada 7 Mei 2012 ini. Drama ini akan menggantikan Drama Cinta Buat Emelda.

Seindah Sakura akan ditayangkan sebanyak 24 episod. Ia merupakan adaptasi Novel Seindah Sakura karya Liza Zahira. Drama ini diarahan Zul Huzaimy Marzuki.Terbitan Temenggung Pictures Sdn Bhd manakala penerbit ialah Mohd Ruslan Osman & Tengku Noraishah Tengku Hj Ab Aziz .

Membariskan pelakon-pelakon kegemaran ramai seperti Fahrin Ahmad dan Fasha Sandha

Sinopsis Drama Seindah Sakura

 Drama terbitan Temenggung Pictures Sdn Bhd ini menampilkan Fahrin Ahmad sebagai seorang cikgu manakala fasha Sandha memegang watak seorang murid miskin dan bermasalah di sekolah. Kalau ikut jalan cerita Novel watak Cikgu Airil ( fahrin ahmad ) pada permulaannya bersangka buruk dengan Shaqira (fasha Sandha) kerana menyangka Shaqira adalah pelajar yang bermasalah. Kemudian wujud perasaan simpati seterusnya Cikgu Airil jatuh hati dengan Shaqira. Tapi kerana fitnah mereka berpisah, Cikgu Airil bawak diri ke luar negara manakala Shaqira pulak akan melalui pelbagai dugaan sampai ke tahap dia perlu berkahwin dengan datuk Walid , bapa saudara kepada Cikgu Airil.

nanti sama-sama saksikan kesudahannya ya..

ps : layan…

 2,811 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*