Sinopsis Drama Jiwa Dan Lara Lakonan Aaron Aziz Dan Neelofa

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Drama Jiwa Dan Lara

Sinopsis Drama Jiwa Dan Lara

Drama ni mengisahkan persengketaan dan dendam antara 3 orang ni iaitu Zaman, Jiwa dan Lara dari tahun 80-an lagi hingga kini. Zaman (lakonan Aaron Aziz) ni penjenayah yang berjaya lepaskan diri dari pihak polis. Zaman kemudian melarikan diri bersembunyi di ladang getah.

Zaman terlibat dalam kemalangan dan dibawa tinggal oleh Baha yang melanggar Zaman. Di rumah Baha, ada Lara yang tak suka kat Zaman. Dia sangat bijak mengatur strategi hingga dapat mempergunakan Fakir , bos tempat dia kerja di ladang getah tu.

Jiwa pulak menganggap Zaman pesaing dan curiga dengan kebaikan Zaman, Jiwa ( lakonan Fauzi Nawawi) seorang mandur di ladang getah tu dan dia jugak mencintai LARA (lakonan Neelofa). Hubungan mereka mula renggang, Lara mula rapat dengan Zaman, Lara terjerat dengan kata kata manis Zaman, dan terlanjur.

Zaman berusaha untuk hapuska Jiwa, dia memukul dan mencampakkan Jiwa ke gaung. Kini anak tunggal bos, bernama MARINI (lakonan Faezah Elai) dia sudah pulang dari luar negara. Zaman nak bolot harta Fakir dan nak mengahwini Marini, dia menyisihkan Lara yang cuma penjual bunga.

Marini dipaksa kahwin dengan Zaman, Marini setuju sebab dia pun terlanjur dengan teman lelaki dia di luar negara. Zaman sudah tidak mendapat kepercayaan dari Marini dan Faakir, dia mula bertindak ganas membunuh Fakir untuk membolot harta Fakir.

Setelah 30 tahun, Zaman telah menjadi kaya dia telah menukarkan nama kepada Bakhtiar Murshid, dan dia mempunyai empayar perniagaan yang besar. Jiwa yang jatuh ke dalam gaung, diselamatkan oleh orang asli. Jiwa pun kembali bertemu Zaman dalam dunia perniagaan.

Jiwa mula menjejaki Lara kekasih dia yang amat dicintai dulu…

Sumber sinopsis : Nurizspace.com

Drama ini akan ditayangkan pada 13 September dalam slot Samarinda TV3 jam 10.30 malam setiap 10.30 malam

ps : bila..ibu baca sinopsis n watak2 dlm drama ni..cam rs janggal lak..napa aaron aziz jd jahat.x sesuai la..hehe..patut tukar je watak jiwa dan zaman tuh..huhu

 2,546 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*