Proton Espire Di Pasaran Awal Tahun Hadapan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

wah..ibu sgt teruja dengan design proton Espire ni..sgt class gitu..

KUALA LUMPUR –Proton Holdings Berhad (Proton) dijangka melancarkan model kereta jenis sedan terbaru yang diberi nama ‘Proton Espire’ pada awal tahun depan.

Sebelum Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, mynewshub.my mendapat maklumat dari Ketua Eksekutif Proton, Datuk Syed Zainal Syed Mohammad Tahir, yang menyatakan bahawa pihaknya akan melancarkan sebuah model baru pada Februari 2012.

Meskipun beliau enggan memberikan sebarang gambaran langsung mengenai model tersebut, kami menjangkakan bahawa Espire adalah model yang dimaksudkan itu.

Dengan rekabentuk sedan yang lebih aerodinamik, model percubaan Proton Espire sudah kelihatan di jalan raya bagi tujuan pandu uji dan menurut sumber, ia bakal menggantikan model Proton Persona yang dilancarkan pada 15 Ogos 2007.

Sebelum ini, prototaip bagi model konsep Proton Tuah pernah dipertontonkan oleh Proton di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS 2010) yang berlangsung pada Disember, tahun lalu.

Meskipun model konsep Proton Tuah yang dipamerkan tersebut diperbuat dari tanah liat, Proton turut menyertakan beberapa spesifikasi model itu kepada orang ramai.

Espire dipercayai diilhamkan daripada Proton Tuah.

Antara spesifikasi yang menarik adalah lampu belakang LED yang kelihatan lebih ‘sporty’ dan cermin bumbung fotokromatik yang mampu menggelapkan cermin kenderaan pada suhu-suhu tertentu.

Bagaimanapun, Proton belum lagi membuat kenyataan rasmi berkenaan spesifikasi sebenar yang akan disertakan pada Proton Espire dan bila ia akan dilancarkan.
Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

sumber : 2dayblogger

ibu try google lg gambar Proton Espire ni..

Sumber gambar : paultan.org

cantik..suka..suka..cuma apasal nak buh nama Espire eh..napa x guna nama melayu je..? napa x letak Proton Tuah je cam prototype yg ditunjuk dulu..

ps : design dah cantik dah..hope kualiti pun ditingkatkan lah..cam Proton Persona ibu, baru setahun beli..tp dah bunyi macam dah…dissapointed tul la..sigh

 1,335 jumlah dibaca,  3 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*