Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal Pada 29 Ogos 2011

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

sekejapan sahaja dah 23 hari kita berpuasa, means x sampai seminggu lagi nak beraya…mesti korang semua excited nak raya kan..hah..29 Ogos ni tarikh lihat anak bulan..agak2 raya 30 ke 31 Ogos?

KUALA LUMPUR: Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini mengumumkan sebanyak 30 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal pada 29 Ogos ini bagi menentukan tarikh Aidilfitri tahun ini.

Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh akan diumumkan pada malam Isnin itu menerusi radio dan televisyen.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di sini, kawasan yang ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal ialah di

Johor

  • Pontian Kecil

Melaka

  • Kompleks Falak Al-Khawarizmi,
  • Kampung Balik Batu Tanjung Bidara,

Negeri Sembilan

  • Port Dikson
  • Teluk Kemang

Selangor

  • Bukit Melawati
  • Pulau Angsa
  • Bukit Jugra
  • Balai Cerap Selangor

Perak

  • Pantai Pasir Panjang, Manjong

Pulau Pinang

  • Pusat Falak Sheikh Tahir
  • Pantai Aceh

Kedah

  • Kampung Pulau Sayak
  • Pemandangan Indah Langkawi
  • Menara Alor Setar

Terengganu

  • Bukit Besar Kuala Terengganu
  • Bukit Kemuning
  • Kemaman, Pulau Perhentian
  • Balai Cerap KUSZA, Setiu

Kelantan

  • Bukit Peraksi, Pasir Putih
  • Bukit Kampung Tembeling ,Kuala Krai
  • Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu

Pahang

  • Bukit Tanjong Batu Nenasi
  • Gunung Berinchang, Cameron Highlands
  • Bukit Pelindong, Kuantan

Perlis

  • Kuala Sungai Baru

WP Kuala Lumpur

  • Menara Kuala Lumpur

WP Putrajaya

  • Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya

Sarawak

  • Tanjong Lubang, Miri
  • Teluk Bandung, Kuching
  • Tanjung Batu, Bintulu

Sabah

  • Balai cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil
  • Menara Universiti Malaysia Sabah

Sumber : Berita Harian

sapa yg berdekatan dengan lokasi tgk anak bulan syawal tu leh la pergi..

ps : mood raya still belum dtg lagi ni.cemana? huhu…

 665 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*