Iklan Raya TV3 2011

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

sapa dah tgk iklan raya tv3? ibu belum berkesempatan tgk lg..ibu ada baca sinopsi iklan raya tv3 untuk tahun ni kat blog Cikgu Dahlia..mcm bestnya..so teringin nak tengok..google2 belum ada lg yg upload kat internet…

Iklan raya ni lebih mirip kepada sebuah short story seperti berikut:

Tentang cabaran yang terpaksa dialami oleh sorg ibu tunggal yang mempunyai 2 orang anak; yang sulung lelaki dan yang bongsu pompuan. Dek kesempitan hidup, terpaksa ler si ibu menyerahkan anak sulung tu kat foster family. Selepas diserahkan kepada foster family tersebut, si ibu terpaksa berlari sebab anak lelakinya mengejar dari belakang sampai si anak tadi tersungkur. Selepas berpisah ngan anak lelaki, mak si ibu tadi pun membesarkan anak pompuannya org diri. Selepas beberapa tahun, maka besar dah ler si anak pompuan yang bongsu tue.

Memang lumrah, pasti ada argument di dalam keluarga dan inilah yang berlaku diantara si ibu ngan anak pompuan tadi… sampai si ibu cakap “kalo ko kuar dari umah ni… ko jangan balik balik lagi…” Gara gara tersentap dengan kata kata ibunya… maka si anak tadi pun menjawab dengan menyalahkan si ibu tadi menyerahkan along kepada orang lain … mendengar kata kata si anak, si ibu pun turut tersentap .. lantas jatuh lemah longlai… time si ibu berada di atas katil untuk berehat, si anak pompuan tadi ternampak selonggok surat tulisan si ibu yang meluahkan perasaan rindunya terhadap anak lelakinya yang dah berbelas tahun tak jumpa tapi tak terhantar oleh si ibu.

Selepas membaca surat tersebut, hati anak pompuannya teramat tersentuh lantas nekad untuk mencari abang kandungnya itu…………

sumber : Cikgu Dahlia

bila baca sinopsis iklan ni mmg dpt rasakan iklan ni akan menyentuh hati para penonton..ibu mmg tertunggu nak tgk iklan raya tv3 dan petronas

ps : mood raya ibu belum datang lg..huhu

 872 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*