Gambar Lakaran Wajah Suspek Samun & Simbah Asid

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bahayanya, kes samun n simbah asid yg semakin berleluasa sekarang ini..benda ni juga dah heboh dari tahun lepas..tp seperti tak ada tindak je yg diambil..seingat ibu..pernah dulu pihak polis mengatakan kes simbah asid di sekitar KL tu adalah khabar angin…kenapa khabar angin..dan tup2 sekarang ni ada plak gmbar lakaran wajah suspek tuh?

aduhai..masyarakat Malaysia makin rs x selamat  bila jenayah semakin menjadi2?

Semalam, Polis Kuala Lumpur semalam mengedarkan fotofit (gambar lakaran) seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian rompakan menggunakan asid di sebuah stesen minyak Shell Batu 2 1/2, Jalan Sungai Besi pada 26 Julai lalu.

ne_08.1

Lakaran suspek itu diperoleh selepas polis menjalankan siasatan termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dilokasi kejadian.  Polis menyeru orang ramai yang ternampak mana-mana individu menggunakan kereta Proton Wira dengan nombor pendaftaran WLC 1475 supaya tampil memberi maklumat. Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi terus Rakan Cops di talian 03-21159999.

Sumber : Cikgu Dahlia

ps : semoga kes2 jenayah ini dapat di banteras secepat mungkin.

 1,722 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*