Benarkah Facebook Akan Ditutup 15 Mac Ini?

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

uik…benarkah…tp ini la yg dilaporkan oleh akhbar online Kosmo

PALO ALTO, California – Khabar angin dalam kalangan pengguna Internet mengenai penutupan laman sosial popular Facebook kini tersebar luas terutamanya menerusi laman sosial Twitter, lapor sebuah akhbar semalam. Antara mesej yang disampaikan oleh pengguna Twitter adalah seperti: “Facebook bakal ditutup pada Mac 2011? Saya harap tidak.”

“Khabar angin adalah Facebook akan ditutup. Tolong jangan beralih kepada Twitter dan jangan rosakkan pengalaman jaringan sosial saya,” kata @jjelksboss melalui Twitternya.Terdapat juga kumpulan yang dibentuk di laman Facebook yang meminta agar laman sosial itu tidak ditutup dengan mesej: “Facebook akan ditutup pada 15 Mac 2011. Adakah terdapat cara lain untuk menghalangnya?”

Pada bulan lepas Yahoo telah mengumumkan bahawa Yahoo Video akan ditutup pada tarikh sama tetapi ia tidak bermaksud semua jaringan di Internet akan turut terhenti.

Dalam perkembangan sama akhbar Weekly World News melaporkan bahawa pengasas laman sosial itu, Mark Zuckerberg, 27, sedang menghadapi tekanan untuk terus menguruskan laman sosial tersebut.“Facebook sudah di luar kawalan saya dan tekanan menguruskan syarikat ini telah mengganggu hidup saya. Saya perlu hentikannya untuk mengelakkan tekanan ini,” jelas Zuckerberg dalam satu sidang media di luar pejabatnya di Palo Alto baru-baru ini.

selanjutnya..korang baca sendiri ya..klik link atas tuh..

mungkin baru khabar2 angin kot…tp kalau tutup pun hopefully x la sampai tutup terus kan….ibu x de la fanatic sgt nga facebook ni..selalunya dlm seminggu boleh kira nga jari tangan berapa kali log in…cuma akhir2 ni je..yg ibu kerap log in sbb? sbb nak main game cityville….

 697 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*