Ibu Nak Mengumpat!

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Tak kira kalau nak cakap ibu teruk sebab mengumpat pun. Tapi, memang ibu geram sangat dah ni. Kisahnya begini, semalam ada kenduri jiran (selang sebuah umah) besar juga lah majlisnya, pasang kanopi pun sampai empat buah. Sampai depan rumah ibu. Memang mereka sekeluarga ada menjemput ibu dan keluarga ke kenduri kahwin anak mereka. Tapi ibu dan keluarga tidak dapat memenuhi jemputan itu, kerana ada hal lain. Masa pasang kanopi lt depan rumah sewa ibu itu, tak ada pun minta kebenaran dengan ibu atau Abah Mifzal. Sampai ibu nak parking kereta pun susah. Terpaksa parking jauh sedikit. Tapi tak mengapa, itu ibu tak kisah lagi. Lepas itu, nak tumpangkan motorsikal parked kat tempat parking kereta rumah ibu tu sebab parking porch rumah ibu kosong. Itu pun disebab ibu tak boleh nak masuk parking kereta dekat situ kerana dah tersekat dengan khemah yang mereka pasang betul2 depan rumah sewa ibu. Tak ada pun datang jumpa minta izin ngan kami tapi hanya sampaikan melalui jiran ibu yang seorang lagi. Okay, tak mengapa ibu sabar lagi. Tapikan, kalau ikutkan macam dah berlebih pula kan.

Sumber gambar : Uncle Google

Yang buat ibu geram, masa hari hari kenduri, mereka siap jemput live band datang buat konsert. Live band itu,  duduk lah melalak betul-betul sebelah rumah ibu dan mereka pasang speaker betul-betul depan tiang rumah ibu. Gila kuat lah kan bunyinya. Ibu ingatkan tengahari sahaja, masa kenduri kahwin itu. So, ibu pun buat tak kisah lah, lagi pun tengahari itu ibu sekeluarga pun tak ada kat rumah. 

TETAPI, yang buat ibu makin geram tahap gaban punya, bila ibu balik ke rumah dalam pukul 10.00 malam lebih. Masa itu Mifzal dah tidur sebab mengantuk sangat. Kami sampai ke rumahm tengok-tengok ada konsert live band tu lagi. Rupanya dari tengah hari sampai malam konsert mereka buat.  Punya kuat duduk menyanyi melalak. Yang melihatnya juga ramai berkumpul depan rumah ibu dan jiran ibu. Tak kira tua atau muda, yang tua bangka pun ada. Rumah ibu itu pun siap mereka buat port lepak sambil tengok band itu duduk menyanyi. Ibu sangat bengang. Mifzal tengah tidur dan terjaga dek bunyi bising yang kuat dan mula meragam kerana tidurnya terganggu. Bunyi muzik itu kuat sangat rasa macam nak pecah gegendang telinga. Ya Allah, Tuhan sahaja tahu rasa geram ibu yang amat sangat.

Tanpa mempedulikan orang ramai yang berkumpul di depn rumah ibu, ibu masuk parking kereta ibu dekat tempat mereka duduk lepak. Ibu hon supaya mereka bangun. Selepas itu, ibu masuk rumah dengan muka yang masam. Lampu semua ibu tak pasang. Rumah kami bergelap. Sengaja, kononnya kami nak masuk tidur. Lantak lah mereka nak cakap apa. Buat majlis langsung pikir orang lain. Mereka ingat kawasan perumahan macam itu macam kampung ke atau macam bandar ke yang mereka boleh buat sesuka hati.

Apa pasal tak sewa dewan  sahaja. Lepas itu, melalaklah dalam dewan itu sampai subuh pun tak ada orang nak kisah. Masa itu kan, ibu rasa geram sangat. Rasa nak pasang sahaja CD Al-Quran kuat-kuat. Lawan balik dengan mereka yang duduk nyanyi dan kalau ada oran tanya, ibu nak cakap ibu nak halau setan. Sakitnya hati! Nak bergembira  sekali pun, fikir lah org sekelilinga. Kalau duduk di taman perumahan macam itu,  buat lah cara duduk di taman. Jangan buat macam duduk dalam hutan!!!

Jom Kongsi!

About Ibu Mifzal 1590 Articles
Ibu Mifzal - Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa

Related Posts :



10 Comments

  1. naisb baik baru org melayu ainey…
    aku ni lagi dasat…
    idup ngan jiran2 cina…
    kalo ade kematian….
    tesiksa jiwa raga aku!!~
    x mausk lg ngan chinesse new yeae bagai…
    uhukkkkk!!~

    • aku jiran sebelah menyebelah melayu la..tp depan sederey tiga..jiran cina n india..aku tension gak time diorg buat majlis keagamaan derang..tp tu la..dah nama cina n india..ko paham2 ler sikat derang mcm mana,yg aku terkilan sgt bab derang tu org kita..org melayu..pun x paham bahasa gak..penting kan diri…huhu..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge