Ais Krim Magnum Yang Lazat

Aduhai, cuaca tengahari yang panas lit-lit ini memang sesuai jika makan ais krim. Nyaman. Sejuk tekak. Tengah hari tadi, ibu singgah di sebuah stesen minyak Petronas yang berdekatan dengan rumah ibu untuk mengisi minyak petrol. Singgah sekejap di kedai Mesra untuk membeli ais krim. Tekak rasa kering dek cuaca hari ini yang panas. Pilih punya pilih, eh terlihat perisa baru daripada Magnum. Ais krim Magnum yang lazat berperisa coklat dan strawberi.

Ais krim Magnum yang lazat
Sedapnya!

Usai memilih dan membayar air krim dan minyak yang hendak diisi, ibu segera ke pam untuk mengisi minyak petrol. Siap mengisi, ibu terus pakirkan kereta di kawasan berdekatan. Aduhai, sangat tak sabar hendak merasa keunikan perisa baru ais krim magnum ini.

Ais Krim Magnum Yang Lazat Lagi Menyelerakan

Sekejap sahaja sudah habis. Memang kena dengan selera ibu. Sedap sangat rasa coklat dan strawberi. Lain kali boleh beli lagi walaupun harganya dikira mewah juga. Tak mengapa sekali sekala melayan selera.

Ais krim Magnum yang lazat
Perisa Baru

BACA INI : Ais Krim Baskin Robbins Percuma Jam 8.00 Malam Ini

 1,062 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*