Ujian 1 dan Cara Semak Keputusan Peperiksaan Sekolah Anak


(Ujian 1 dan Cara Semak Keputusan Peperiksaan Sekolah Anak)

Assalamualaikum WBT  & Salam Sejahtera

Dah dua minggu sekolah dibuka selepas cuti seminggu tempoh hari. Sebelum bercuti, peperiksaan Ujian 1 telah dijalankan. Sekolah anak ibu tidak terkecuali. Kesian Mifzal kerana terpaksa menghadiri peperiksaan ujian 1 walaupun tidak sihat. Mifzal demam, batuk dan selesema. Dapat pakej pula tu. Hati ibu mana yang tidak risau tambah-tambah musim peperiksaan kan. Walau bagaimana pun, mujur lah cikgunya memberi kelonggaran kepada Mifzal untuk mengambil peperiksaan gantian bagi subjek yang beliau tidak hadir. Ibu tidak mengharapkan apa-apa keputusan yang baik kerana tahu kondisi si anak yang tidak sihat. Itu pun, pasti Mifzal sudah mencuba yang terbaik. Bukan di sekolah kebangsaan sahaja ada peperiksaan, sekolah petang (sekolah agama) pun ada peperiksaan ujian bulan Mac. Kesian betul.

Ujian 1 dan Cara Semak Keputusan Peperiksaan Sekolah Anak

Minggu lepas, ibu dah semak dah keputusan peperiksaan Mifzal, seperti yang ibu jangka, keputusan peperiksaannya menurun terutamanya bagi subjek teras. Jauh beza dengan peperiksaan akhir tahun lepas. Tidak mengapa. Nanti Mifzal usaha lagi ya. Ini pun sudah cukup baik kerana menjawab di dalam keadaan diri yang tidak sihat. 🙂

Dalam entri ini, ibu nak kongsikan link dan cara semakan keputusan peperiksaan sekolah anak-anak yang sekarang boleh disemak secara atas talian. Dah tidak ada report card yang keras tu. Senang sekarang, cikgu pun hanya perlu cetak sahaja salinan untuk diberikan kepada ibu bapa. Ibu bapa sendiri pun boleh semak sendiri. Mudah kan.

Semakan keputusan peperiksaan sekolah  boleh di semak melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Sistem ini dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. Sistem ini yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dapat dimanfaatkan oleh ibu bapa atau penjaga. Ibu bapa atau penjaga boleh memantau perkembangan prestasi pembelajaran anak atau jagaan disamping boleh mencetak atau memuat-turun slip keputusan peperiksaan yang dijalankan.

BACA INI : Semakan Keputusan UPSR Secara Online

Bagi Sekolah Rendah, sistem SAPS menyediakan semakan bagi Tahun 1 hingga Tahun 6 manakala bagi Sekolah Menengah pula hanya  menyediakan semakan bagi Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 sahaja.

Link Semakan

https://sapsnkra.moe.gov.my

Ujian 1 dan Cara Semak Keputusan Peperiksaan Sekolah Anak

Cara semakan
  1. Klik link https://sapsnkra.moe.gov.my/
  2. Klik butang ‘SEMAKAN IBUBAPA
  3. Kemudian, masukkan No Kad Pengenalan anak / jagaan.
  4. Tandakan ruangan pilhan sekolah (sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah
  5. Pilih tahun peperiksaan
  6. Masukkan kod pengesahan (pastikan sama dengan kod yang dipaparkan)
  7. Klik butang SEMAK
  8. Seterusnya, pilih jenis peperiksaan (contoh peperiksaan pertengahan tahun).
  9. Dan, klik pada butang ‘Papar Slip Peperiksaan‘ untuk melihat dan mencetak slip keputusan peperiksaan. Untuk cetak atau muat turun, klik kanan pada tetikus dan pilih ‘Print‘ atau ‘Save As‘.
  10. Klik pada butang ‘Papar Markah Peperiksaan‘ untuk melihat analisis  keputusan ujian dan peperiksaan.
  11. Selesai.


Jom Kongsi!

Related Posts:

  • No Related Posts
566 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


2 Comments