Tonton HyppTV Daripada TM

Terdahulu, ibu pernah bercerita mengenai pemasangan pakej Streamyx 8Mbps Bundle with HyppTV. Jadi, kali ini ibu nak berkongsi cerita pula mengenai HyppTV yang datang sekali dengan pakej Streamyx yang ibu langgan. Untuk makluman, pakej bundle ini hanya terpakai bagi pakej langganan Streamyx berkelajuan 4Mbps dan 8Mbps sahaja. Untuk pakej Streamyx 4Mbps, dekoder HyppTV tidak didatangkan bersama. Kena langgan pakej HyppTV daripada TM dulu baru dapat dekoder HyppTV, manakala untuk pakej Streamyx 8Mbps pula akan dapat dekoder HyppTV dan 17 saluran percuma. Yang tak percuma tu kena la bayar ya kalau nak menonton.

set top box hypptv daripada tm
HyppTv Set-Top Box

Selepas selesai pemasangan talian telefon dan Streamyx dan kelajuan Streamyx juga telah dinaik taraf secara manual ke 8Mbps, barulah ibu dapat claimed Set-Top-Box HyppTV ini. Sebenarnya ada masalah sedikit berlaku semasa manual tagging ke 8Mbps. Jadi, lambat jugalah ibu dapat set-top-box ini. Lebih kurang 3 minggu baru dapat claimed.

modem hypptv daripada tm
Dekoder HyppTV

Set Top Box HyppTv Daripada TM

Di dalam set-top-box ini, terdapat 1 unit dekoder, 1 unit remote control, manual dan juga wayar-wayar yang diperlukan untuk penyambungan dekoder ke modem dan tv. Oleh kerana kedudukan televisyen dan modem agak jauh dan tidak memungkinkan pemasangan kable dalaman dengan segera, maka ibu hanya menggunakan penyambungan internet secara wireless. Jikalau menggunakan sambungan ethernet, lebih stabil sebenarnya.

BACA INI : TM EVDO Wireless Modem (Streamyx Wireless)

channel hypptv daripada tm
Paparan HyppTV

Tidak susah pun nak buat penyambungan HyppTV ini ke televisyen. Cara-cara pun ada ditunjukkan di dalam manual. Yang penting kita ikut langkah-langkah yang ditunjukkan dan tahu username dan password HyppTV yang diperolehi semasa claimed set-top-box ini.

siaran hypptv daripada tm
Siaran HyppTV Percuma

See, dah boleh tengok dah channel HyppTV. Untuk langganan baru, ibu dapat tonton semua channel secara percuma selama sebulan. Selepas sebulan, hanya channel percuma sahaja yang dapat ditonton. Senarai full channels adalah seperti di dalam gambar berikut :-

saluran hypptv daripada tm
Saluran HyppTV dan Harga Langganan

Yang bagusnya HyppTV ini, kita dapat menonton siaran walapun hari hujan. Siaran HD juga termasuk di dalam pakej dan tidak perlu bayar lebih.

 2,278 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

2 Comments

    • ainey pun masih melanggan astro..duk berkira2 juga ni nak terminate..tapi ada juga channel astro yang x ada di hypptv…terutama channel berbayar…itu yang duk pikir 4-5 kali hehe

1 Trackback / Pingback

  1. TM Tawar UniFi Lite – Blog Ibu Mifzal

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*