Tiada Lagi Biasiswa JPA kerana akan dihapuskan dan dimansuhkan


Tiada Lagi Biasiswa JPA kerana akan dihapuskan dan dimansuhkan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera?

Putrajaya dilaporkan telah menggantung biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk kursus ijazah dan bursari Kementerian Pendidikan bagi program pra-universiti, di tengah-tengah kejatuhan pendapatan negara.

biasiswa jpa mansuh?

Menurut laporan Sin Chew Daily, ini telah disahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wee Ka Siong yang membangkitkan isu itu dalam mesyuarat kabinet semalam berikutan beberapa aduan daripada pelajar cemerlang.

Berita Penuh Klik SINI

Terkejut ibu baca berita ini. Betul ke? kalau lah betul alahai kesiannya..sedih!!. Apalah nasib pelajar-pelajar cemerlang yang kurang berkemampuan kalau biasiswa JPA dimansuhkan. Walaupun pilihan ada iaitu PTPTN, tapi pendapat peribadi ibu, kalau boleh elakkan meminjam dari PTPTN kerana kos pentadbirannya walaupun dah ditukar kepada ujrah masih tinggi. Tapi kalau dah tiada pilihan nak buat macam mana kan.

Masa ibu belajar dulu, ibu dapat pinjaman JPA. itu pun dah syukur sangat-sangat walaupun sekadar pinjaman. Dan, ibu juga dapat pengurangan atau diskaun sehingga 75%. Cuma bayar 25 % sahaja daripada pinjaman. Alhamdulillah…kalau kena bayar 100% jenuh juga tu nak menghabiskan hutang.

Berbalik pada isu biasiswa JPA ni, ibu harap, kerajaan dapat mempertimbangkan semula keputusan untuk memansuhkan biasiswa jpa sekiranya keputusan itu telah dibuat. Ini untuk menjamin anak-anak cucu kita rakyat malaysia mempunyai peluang untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi.

Dan kita jua sebagai ibu bapa juga perlu mengambil berat perihal pendidikan anak-2. Ibu juga berharap ibu dapat menyediakan kemudahan kewangan kepada anak ibu sekiranya anak ibu nanti dapat menyambung pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi..kalau boleh tak mahu meminjam kerana hendak sambung pelajaran..insya Allah..

 



Jom Kongsi!

Related Posts:

151 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge