Tempoh Sah Laku Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) 2013

Sebenarnya, ibu belum menerima lagi Baucar Buku 1Malaysia yang sepatutnya diterima sebagai salah seorang pelajar IPTA. Sepatutnya memang dah dapat dah pun tetapi pihak PACE UUM belum lagi mengedarkan kepada pelajar PLK. Bila ditanya, pihak pengurusan beritahu, pengedaran untuk pelajar sepenuh masa pun belum siap lagi. Kalau seperti tahun lepas, ibu dapat baucar BB1M ni ketika membuat pendaftaran semester Januari 2012/2013. Kali ini lambat lah pula. Risau pula takut terlepas tempoh tamat sah baucar tersebut.

bb1m-2013

Sumber Gambar : Blog Melvister

Mengikut maklumat yang ibu dapat, tempoh sah Baucar Buku 1Malaysia adalah bermula 1 Januari 2013 hingga 31 Mei 2013. Mujur kali ini, tempohnya lama. kalau macam tahun lepas, tempoh sahnya cuma 3 bulan. Dan, ada tempoh perlanjutan sebulan. Kelam kabut juga untuk menghabiskan baucar itu. Tak banyak buku yang ibu beli tapi banyak beli alat tulis..hehe

Dapat BB1M kali ini nanti tak tahu nak beli buku apa lagi. Tak apa lah, tak usah fikir-fikir lagi. Nanti dapat BB1M baru cerita…hehe

 1,725 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

10 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*