Takwin Persekolahan & Senarai Cuti Umum Malaysia Bagi Tahun 2013

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Rasanya dah lama sangat tak pergi bercuti. Tahun ni ni pun masih tak berkesempatan. Nak buat macam mana, terikat dengan tugas dan status pelajar. Memang tak sempat. Lagipun tak rancang awal. Kalau ada kena ke mana-mana pun bukan untuk bercuti tapi kerana tugas atau kerana sebab pengajian. Teringinnya nak bercuti, berehat-rehat dan memanja-manjakan diri. Seingat ibu, kali terakhir pergi bercuti pada tahun 2010, ke Cameron Highland (jaraknya tak sampai 100km pun dari pejabat šŸ˜€). Itu pun semalaman je..tidak sempat nak merasai kesejukkan dan keindahan di sana kerana awal-awal pagi sudah kena bertolak ke Pangkor. Ke Pangkor juga bukan atas sebab bercuti tetapi atas sebab kerja. Walaupun Abah Mifzal & Mifzal Arsyad turut dibawa bersama, namun kenikmatan bercuti bersama keluarga (sekali harung dengan bertugas) tidak dapat dinikmati. Ya lah, sibuk dengan peserta kursus, uruskan itu dan ini. Tahun 2012 pun sama.

Hajat dihati, tahun 2013 ini, adalah kesempatan untuk ibu dan keluarga bercuti. Berharap sangat tu tak la juga. Sebab ibu tahu, kerja ibu ni tak tentu masa. Kadang-kadang Sabtu & Ahad pun kena kerja kalau ada program. Ā Program pula kadang-kadang yang tak dirancang pun. Tiba-tiba je ada secara ad-hoc. Mujur tak pernah lagi setakat ini, public holiday pun kena kerja. Tapi kawan sepejabat ibu pernah.Ā Nasib lah dah enviroment kerjanya sebegini..huhu.

Okay..okay dah bercerita pasal tu. Ibu nak kongsikan senarai cuti umum Malaysia pada tahun 2013 dan takwin persekolahan untu tahun 2013. Nak merancang cuti kena tengok juga takwin persekolahan ni sebab kena compare dengan cuti Abah Mifzal juga. Kan elok-elok ibu dah rancang cuti n cuti tambahan..tup-tup Abah Mifzal lak tak cuti…hehe

Takwin Persekolahan 2013

ZON A

takwin sekolan

ZON B

takwin sekolan 2013

Senarai Cuti Umum Malaysia (Persekutuan & Negeri) 2013

Tarikh Peristiwa Negeri
1 Januari (Selasa) Tahun Baru 2012 Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
14 Januari (Isnin) Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Negeri Sembilan
20 Januari (Ahad) Hari Keputeraan Sultan Kedah Kedah
24 Januari (Khamis) Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul) Semua Negeri
27 Januari (Ahad) Thaipusam Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor
1 Februari (Jumaat) Hari Wilayah Persekutuan WP Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya
10 Februari (Ahad) Tahun Baru Cina Semua Negeri
11 Februari (Isnin) Tahun Baru Cina (Hari ke-2) Semua negeri kecuali Kelantan dan Terengganu
4 Mac (Isnin)
Hari Ulangtahun Per

 

tabalan Sultan Terengganu
Terengganu
29 Mac (Jumaat) Good Friday Sabah & Sarawak
15 April (Isnin) Hari Pengisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah Melaka
19 April (Jumaat) Hari Keputeraan Sultan Perak Perak
1 Mei (Rabu) Hari Pekerja Semua Negeri
7 Mei (Selasa) Hari Hol Pahang Pahang
17 Mei (Jumaat) Hari Keputeraan Raja Perlis Perlis
24 Mei (Jumaat) Hari Wesak Semua Negeri
30-31 Mei (Khamis & Jumaat) Pesta Kaamatan Sabah Sabah & Labuan
1 Jun (Sabtu) Hari Keputeraan SPB Yang di-Pertuan Agong Semua Negeri
1 ā€“ 2 Jun (SabtuĀ & Ahad) Perayaan Hari Gawai Sarawak Sarawak
6 Jun (Khamis) Israk & Mikraj Kedah, Negeri Sembilan & Perlis
7 Julai (Sabtu) Georgetown Heritage Day PenangĀ 
10 Julai (Rabu) Awal Ramadan* Johor, Kedah & Melaka
13 Julai (Sabtu) Hari Keputeraan Yang di-Pertua NegeriĀ Pulau Pinang Penang
20 Julai (Sabtu) Hari Keputeraan Sultan Terengganu Terengganu
26 Julai (Jumaat) Hari Nuzul Al-Quran Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Terengganu
8 ā€“ 9 Ogos (Khamis & Jumaat) Hari Raya Puasa * Semua Negeri
31 Ogos (Sabtu) Hari Kemerdekaan Semua Negeri
8 September (Ahad) Hari Keputeraan Yang di-Pertua Negeri Sarawak Sarawak
16 September (Isnin) Hari Malaysia Semua Negeri
5 Oktober (Sabtu) Ulangtahun Yang di-Pertua Negeri Sabah Sabah
12 Oktober (Sabtu) Hari Keputeraan Yang di-Pertua NegeriĀ Melaka Melaka
15 Oktober (Selasa) Hari Raya Haji * Semua Negeri
16 Oktober (Rabu) Hari Raya Haji (Hari Ke-2) * Kedah, Kelantan, Perlis & Terenggan
24 Oktober (Khamis) Hari Keputeraan Sultan Pahang Pahang
3 November (Ahad) Deepavali Semua Negeri, kecuali Sarawak
5 November (Selasa) Awal Muharram (Maal Hijrah) Semua Negeri
11 – 12 November (Isnin & Selasa) Hari Keputeraan Sultan Kelantan Kelantan
22 November (Jumaat) Hari Hol Almarhum Sultan Johor Johor
10 Disember (Selasa) Hari Keputeraan Sultan Johor Johor
11 Disember (Rabu) Hari Keputeraan Sultan Selangor Selangor
25 Disember (Rabu) Krismas Semua Negeri

* Tertakluk pada perubahan

ps : harap info ni dapat membantu ibu dah kengkawan untuk merancang cuti masing-masing. Selamat bercuti šŸ˜€

 1,984 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*