Tak Sabar Nak Mengundi


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Seperti yang semua sedia maklum, hari penamaan calon dan hari mengundi telah pun diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Ray (SPR) iaitu masing-masing pada 20 April 2013 (Sabtu) dan 5 Mei 2013 (Ahad).

tiket balik mengundi

Bukan sahaja tak sabar nak mengundi sebab 1st timer tetapi tidak sabar juga untuk pulang ke kampung halaman bertemu keluarga tercinta. Walaupun ibu sudah lebih 4 tahun bermastautin di sini. Tidak terpikir untuk menukar lokaliti mengundi. Biarlah jauh pun, boleh juga sesambil balik kampung kan.

Ibu dah siap beli tiket bas dah untuk balik mengundi. Naik pengangkutan awam je sebab ibu tak confident untuk memandu bersama Mifzal Arsyad sahaja melalui puncak titiwangsa. Gerun!!Abah Mifzal juga tidak benarkan ibu memandu kereta tanpanya. Solusi terbaik, naik bas sahaja lah kerana Abah Mifzal juga tidak dapat menghantar kami pulang kerana ibu bercuti awal. Kalau hari sekolah, susah Abah Mifzal nak ambil cuti. Tidak mengapa lah. Semoga perjalanan kami pergi dan balik selamat dan dipermudahkan. Aamiin.

 ps : Kengkawan dah rancang ke cuti untuk pulang mengundi pada yang tinggal jauh? yang dekat tak perlu risau sangat kan?



Jom Kongsi!

Related Posts:

  • No Related Posts
364 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


3 Comments