Tahun Kedua Mifzal Arsyad Di Taska Permata SUK Negeri Perak

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

ibu baru balik dari Taska Permata SUK Negeri Perak di Pekan Tapah ni..x jauh pun dari office ibu, lebih kurang 3 km je..

hari ini adalah hari pertama Mifzal Arsuad bersekolah di Taska Permata SUK Negeri Perak, Tapah bagi tahun kedua..Mifzal dah pun memulakan sesi pembelajarannya secara formal di taska ini dari pertengahan bulan April 2011. Kiranya tahun ini adalah tahun kedua taska ini beroperasi. Alhamdulillah.. Mifzal Arysad masih ada rezeki utk menyambung pembelajarannya di sini..kalau ikutkan, akhir tahun lepas..ibu ada menerima surat  daripada pihak pengurusan taska yang mengatakan Mifzal Arsyad sudah tidak layak untuk belajar di taska ini..mmg sebenarnya x ikut syarat pun masa masuk tahun lepas…diterima masuk dulu pun sbb nak cukupkan org..seingat ibu..masa mula2 taska ini beroperasi hanya ada 12 orang kanak-kanak je mendaftar berbanding qouta seramai 30 orang..dah rezeki Mifzal Arsyad untuk belajar lagi disini, hari terakhir tahun 2011, ibu menerima SMS daripada pendidik (cikgu) di taska memaklumkan anak ibu masih layak belajar di situ, ia adalah disebabkan arahan daripada pihak atasan yang membenarkan pelajar lama menyambung pembelajaran mereka di taska ini. ya la, alang2 dah belajar setahun kan..sambung je la sampai abih (4 tahun). ibu pun dah hantar dah borang ke tadika kemas yang dekat nga opis ibu ni….so terpaksa la cancel hantar tadika..

untuk makluman taska ini hanya menerima kanak2 berumur 2 tahun hingga 4 tahun sahaja..ianya dibuka kepada ibu / bapa yang berkerja sebagai penjawat awam..sbb ada ramai juga yang bertanyakan kepada ibu cemana nak masuk taska ini, apa syarat kelayakkannya..Taska Permata SUK Negeri Perak ni..bukan lah taska atau pusat asuhan semata-mata tetapi modul pengajaran dan pembelajaran yang teratur turut diselitkan..mengikut silibus pengajaran dan pembelajaran Pusat Anak Permata Negara (PAPN). Kanak-kanak di sini dibahagikan mengikut umur, 2 tahun, 3 tahun dan 4 tahun. Pembelajaran merangkumi bidang bahasa, komunikasi, literasi awal, deria dan dunia pemahaman, kreativiti dan estetika, perkembangan fizikal, awal matematik dan pemikiran logik serta sahsiah sosio-ekonomi dan kerohanian. pada ibu bagus kalau ada peluang hantar anak ke sini..

ibu sebenarnya dari Mifzal Arsyad berumur 2 tahun lagi sudah mula mencari taska atau tadika yang sesuai utk membolehkan Mifzal Arsyad mendapat pendidikan yang formal. Kat daerah sini, khususnya pekan Tapah ni x ada pilihan..yg ada hanya taska asuhan yang tidak berdaftar..nak x nak hantar je ke pengasuh…susah hati juga dulu..nasib baik lah masa umur Mifzal Arsyad 3 tahun, Taska Permata SUK Negeri Perak ni dibuka..

oklah..ibu nak kongsikan kemeriahan sesi pendaftaran taska pada pagi tadi..pendaftaran utk kanak-kanak  baru dan lama…macam2 ragam ada..bukan budak baru je meragam..tp budak lama pun sama..Mifzal Arsyad pun td kemain susah nak kejutkan pagi..katanya “adik mengantuk, adik nak tidur”

muka budak rambut cacak yang kena paksa bergambar…hehe

sarapan time..belum baca doa lg, Mifzal Arsyad dah makan..hehe

ps : seronok tengok anak dah bersekolah..

 1,510 jumlah dibaca,  3 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

9 Comments

  1. Saya tak de blog ..facebook adalah.. sangat tak rajin nak update kalau ada blog pon.. Mungkinn satu hari nnt sy pon nak buat cam gini jugak.. nnt bila dia dah besar mesti berbangga betull ada blog pasal dia yg ibu dia buatkan..
    Bila tengah tak buat apa tiba2 rasa macam nak berhenti kerja gomen nak bukak taska swasta berkonsepkan permata.. hahaha boleh gituu ….!!!! (mod berangan)

    • sy dah request add friend dah nnt approve ya :)..hehe..sy pun selalu jugak berfacebook..tp blog ni disamping berkongsi cerita pasal anak n lain..leh jugak menjana duit..itu la..bila bc balik entry yg dibuat dlm blog tu cam rs best je..hope mifzal bila baca nnt dia pun suka..hehe

      kalau duit byk mmg nak benti keje gomen..hehe..kan..kalau bukak taska pun best jugak..dah la anak2 kt taska tu comel2 belaka..suka tgk telatah diaorg..hehe

  2. Wahh bagus ibu Boboy ada blog cerita pasal boboi.. seronok saya membacanya…
    PERMATA mmg bagus .. ajar anak2 berdikari.. tapi mcm hanis kat sekolah boleh pakai baju sendiri, boleh minum pakai cawan.. boleh pulak ikut arahan cikgu.. tapi kat rumah sangat manja ngan ibu dan abah .. sume nak ibu buatkann..
    Maklumla mana lagi tempat anak2 nak bermanja kalau tak pada ibu dan abah nya sendiri ye tak..
    PERMATA ni sangat bagus konsepnya.. Kan bagus kalau PERMATA di beri peluang pada semua golongan .. tak kira gaji berapa.. sbb taska swasta pon tak de konsep yang begitu.. Tambahan kat Tapah ni. Apa lah yang ada.. Kalau wujudkan yang berbayar pon ok.. sbb yang kita nak cari konsep Taska Permata tu yang sangat baguss untuk perkembangan awal kanak2..
    (hehe panjang pulak ibu Hanis ni membebel)))

    • blog ni asalnya mmg nak bercerita pasal boboy je..tp skang dah bercampur2 nga cerita lain..hehe, ibu hanis ada blog x? leh kita exchange link..seronok bc kisah anak2 ni..

      itu la..konsep pengajaran dan pembelajaran di taska permata ni mmg bagus dan as ibu bapa mmg sokong sgt la..ada taska permata ni n dibuka penyertaannya pd semua golongan..kalau kat Kl or bandar2 besar mmg byk taska or tadika yg berkonsepkan seperti permata ni tp kalau kat pekan kecik cam tapah ni..mmg susah nak cr..itu yg bila dpt peluang hantar boboy ke taska ni mmg rs sgt bersyukur..

      anak2 mmg manja dgn ibu n abah..boboi pun cam tuh..tp br2 ni sedih jgk sbb cikgu taska ckp boboy cam budak baru lak kat taska ni..katanya back to basic..suruh bukak baju sendiri x mau..mgkin shock kot..kawan2 makin ramai kt taska tu..

  3. salam kenal ibu mifzal..
    wah, samalah kita..anak ke2 saya kat taska permata perpaduan, ni thn ke 3..dia pun batch pertama. mmg betul kata ibu, masa mula2 tak ramai masuk jd dapat la..bila masuk thn ke 2 dan 3 sngt ramai yg apply..alhamdulillah rezeki anak saya, dpt juga habiskan smp 4 thn kat sini.kalo ikut betul2 maunya jadi tak layak..huhu

    • itu la..skang ni taska permata kt sini pun mmg strict..ikut syarat betul utk pengambilan baru..mujur anak sy masuk dr tahun lepas lg..kalau br apply mmg awal2 lg kena reject..kt sini ada je parent yg gaji lebih RM6000 tp sbb dah hantar anak dr tahun lepas..terpaksa la teruskan sampai habiskan..lg pun kesian kat budak2 belajar sekerat2 plak..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*