Tahukah ? : Logo Kereta Mewah Ada Maksud Tersendiri

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Segmen Tahukah ? : Logo Kereta Mewah Ada Maksud Tersendiri

ALFA ROMEO

Salib merah untuk mengingati jasa Giovanni Da Rio yang terkenal sebagai orang pertama yang memanjat tembok Jerusalem dan mengibarkan bendera ini saat perang salib I. simbol sebelahnya adalah gambar naga pemakan manusia yang konon menghabiskan penduduk Milan pada awal abad 5 Masehi.

RENAULT

Bentuk diamond ini pada awalnya diletak di mesin dengan segi empat di tengahnya berlubang. Gunanya sebagai lubang keluarnya suara hon (hon Renault dulunya tepat di belakang logo ini). Lama kelamaan bentuk ini dijadikan logo Renault.

BMW

Logo ini adalah sebahagian dari bendera Bavaria dan juga menunjukkan bahwa BMW membuat enjin pesawat tempur saat Perang Dunia 2.

FERRARI
Lambang kuda Ferrari yang terkenal berasal dari lambang Ace (pesawat terbang) Angkatan Udara Itali ketika perang dunia 1,milik Count Francesco Baracca. Lambang ini ditulis di samping pesawatnya sebagai pembawa kejayaan.

LAMBORGHINI

Logo ini melambangkan zodiak pemilik ( Kerbau = Taurus), Ferrucio Lamborghini.Dia juga pecinta pertunjukkan matador.

LOTUS

Lihat huruf ACBC di atas tulisan Lotus? itu adalah nama pendiri perusahaan ini, Anthony Colin Bruce Chapman.

MASERATI

Lambang lembing di atas bukan lambang setan, tetapi lambang kuno bandar Bologna, kilang pertama Maserati.

MERCEDES-BENZ

Lambang bintang berbucu tiga ini melambangkan kehebatan Mercedes-Benz di laut, darat, dan udara.

AUDI
Lambang 4 cincin bersatu mempunyai maksud dari 4 perusahaan besar; Audi, DKW, Horch, dan Wanderer. Audi dalam bahasa latin bererti ‘mendengar’. Dalam bahasa Jerman, Horch (salah satu pengasas perusahaan ini), ertinya juga ialah mendengar. Maka,nama Audi lah yang dipakai.

PORSCHE

Gambar tanduk dan garis merah hitam adalah lambang tentera kerajaan Wruttemberg (abad pertengahan). Stuttgart adalah bandar kilang perusahaan Porsche.

SAAB

Kepala Griffen (makhluk mitos kacukan singa dan helang) berasal dari jubah Count von Skane, yang akhirnya digunakan sebagai lambang daerah Skane di Swedia. Di daerah inilah SAAB didirikan.

SUBARU

Maksud ‘subaru’ adalah ‘bersatu’. logo ini juga menggambarkan gugus bintang Pleiades dalam jajaran Taurus, yang dimana terdiri dari 6 bintang yang boleh dilihat dengan mata kasar. Dalam mitos Yunani, Atlas, dewa pengangkat beban, anak-anak perempuannya menjelma menjadi 6 bintang ini.

MITSUBISHI

3 berlian melambangkan 3 armada kapal yang dimiliki oleh pengasas perusahaan ini pada saat awal didirikan.

VOLVO

Volvo bererti ‘aku pergi’ dalam bahasa latin. Lambang jantan disitu bukan bererti lelaki, tetapi lambang kuno besi, dimana besi banyak dtemui di Sweden.

YAMAHA

Yamaha memakai lambang 3 garfu tala kerana pada awalnya mereka adalah pengeluar alat muzik.Garpu tala berguna untuk mengatur nada pada alat muzik


sumber : email

 2,325 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*