Tahniah! Pingat Pertama Malaysia Di Sukan Olimpik Rio 2016


(Tahniah! Pingat Pertama Malaysia Di Sukan Olimpik Rio 2016)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Seperti yang telah kita ketahui, Sukan Olimpik 2016 yang diadakan di Rio De Janeirio, Brazil bermula 5 – 21 Ogos 2016. Malaysia turut menyertai sukan berprestij ini. Dan, semalam, kita telah mendapat perkhabaran gembira di mana Malaysia telah memenangi pingat pertama iaitu pingat perak melalui penerjun Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong dalam acara 10m platform berirama wanita.

pingat pertama malaysia di olimpik rio 2016

Pingat perak itu berjaya dimenangi oleh pasangan tersebut setelah mereka berjaya mengutip mata sebanyak 344.34 mengatasi pasangan penerjun dari Canada yang mengutip mata sebanyak 336.18, manakala pingat emas acara itu dimenangi oleh pasangan dari China dengan kutipan mata 354.00.

markah acara 10m platform wanita berirama olimpik rio 2016



Jom Kongsi!

Related Posts:

936 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


2 Comments