Mandi Manda Di Taman Eko Rimba Kledang Saiong


(Mandi Manda Di Taman Eko Rimba Kledang Saiong)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Cerita tahun lepas sebenarnya, tetapi disebabkan tahun lepas blog ibu banyak sawang dan ibu pun malas nak update blog (konon busy sangat lah..hehe), jadi entri untuk cerita ini tertangguh lama. Mujur ada lagi gambar-gambar yang ibu simpan walaupun banyak gambar yang ibu dah delete sebab nak kosongkan ruang simpanan dalam telefon ibu ini. Sebenarnya, ibu, abah dan Mifzal serta juga keluarga mentua ibu ada berkunjung ke Taman Eko Rimba Kledang Saiong ini pada bulan September 2016. Tarikh lebih tepat ibu dah lupa. Pergi atas ajakan keluarga mentua. Ibu pun baru tahu ada taman eko rimba di Ipoh rupanya. Mifzal apa lagi, bila diberitahu hendak pergi mandi manda, seronok bukan main..hehe.

berkelah di taman eko rimba di meru

Taman Eko Rimba Kledang Saiong terletak di Meru, Daerah Kinta, Perak. Ia merupakan kawasan eko-pelancongan hutan rimba yang berkeluasan 2,188 hektar. Terletak 4.5 kilometer dari Persimpangan Plaza Tol Jelapang, Lebuh Raya Utara-Selatan dan 14.2 kilometer dari bandar raya Ipoh. Kalau dari Bidor, kami perlu menempuh perjalanan sejauh lebih 70 kilometer. Dek kerana keterujaan hendak mandi manda di sini, kami telah terlepas tol Ipoh Selatan untuk exit. Aduhai, terpaksa meneruskan perjalanan sehingga tol Kuala Kangsar dan berpatah balik semula. Mifzal sudah bising-bising marahkan abahnya kerana tersalah jalan…hehe.

Baca Lagi