Macam-Macam Kisah : Wanita Lari Ikut Kekasih Beraya Di Nepal


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

hmm..mmg menggelengkan kepala ibu bila baca kes2 begini..kesiannya kat mak ayah wanita ni..bila mana akal yg dianugerahkan Allah tidak digunakan sebetulnya dan tunduk pada nafsu..gini la jadi nya…apa yg best sgt beraya kat Nepal tuh..pelik betul la..ini la yg dikatakan cinta itu buta…

semua org pernah bercinta tp jadikan ilmu agama tu sebagai pendinding dari buat benda2 yg x elok..pastu menyusahkan hati mak ayah je..huhu

KULIM: β€œKetika umat Islam lain bersiap sedia bersama sanak-saudara untuk menyambut Aidilfitri, keluarga kami pula dibelenggu kesedihan mengenangkan nasib anak perempuan yang lari kerana mengikuti teman lelaki warga Nepal ke negara asalnya,” kata Siti Fatimah Yassin, 45, dari Taman Kenangan, Sungai Karangan, dekat sini, apabila anak perempuannya, Noorshaheera Mohd Rasul, 21, keluar dari rumah dengan alasan mahu bertemu rakannya pada 22 Ogos lalu.

Bagaimanapun, wanita berkenaan tidak pulang ke rumah sehingga kini menyebabkan timbul kebimbangan di kalangan ahli keluarganya walaupun sudah puas mencarinya.

Siti Fatimah berkata, Noorshaheera keluar dari rumah kira-kira jam 1 tengah hari dengan membawa sebuah beg kecil dan sehelai pakaian kerana mahu berbuka puasa dan bermalam di rumah rakan perempuannya di Sungai Petani.

Baca Lagi