Berhosting ServerFreak Kini


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Akhirnya, ibu nekad juga bertukar hosting. Kini blog IbuMifzal.Com menggunakan hosting daripada ServerFreak Technologies Sdn. Bhd. Selepas hampir 5 bulan sebelum ini menggunakan khidmat Fivio Enterprise. Domain IbuMifzal.Com pula masih dalam proses transfer dari Anjungcafe Hosting ke ServerFreak.

tukar hosting

Yang membuatkan ibu nekad untuk bertukar hosting walaupun tempoh hosting dengan pihak Fivio hanya berakhir pada pertengahan Oktober 2013 nanti kerana sejak 5 bulan kebelakangan ini, ada sahaja masalah dengan blog ini. Terbaru masalah database (tidak yang terkini) dan cpanel yang tidak dapat ibu akses. Ibu tidak mengatakan 100% salah pihak Fivio kerana kadang-kadang ada juga masalah blog disebabkan sendiri oleh ibu yang gatal tangan edit themes (salah script  html) sampai blog error. Al-maklum lah bukan ada pengetahuan sangat dalam bidang ini. Hanya try & error.

Baca Lagi