Tonton HyppTV Daripada TM


(Tonton HyppTV Daripada TM)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Terdahulu, ibu pernah bercerita mengenai pemasangan pakej Streamyx 8Mbps Bundle with HyppTV. Jadi, kali ini ibu nak berkongsi cerita pula mengenai HyppTV yang datang sekali dengan pakej Streamyx yang ibu langgan. Untuk makluman, pakej bundle ini hanya terpakai bagi pakej langganan Streamyx berkelajuan 4Mbps dan 8Mbps sahaja. Untuk pakej Streamyx 4Mbps, dekoder HyppTV tidak didatangkan bersama. Kena langgan pakej HyppTV dulu baru dapat dekoder HyppTV, manakala untuk pakej Streamyx 8Mbps pula akan dapat dekoder HyppTV dan 17 saluran percuma. Yang tak percuma tu kena la bayar ya kalau nak menonton.

tonton hypptv daripada tm

Selepas selesai pemasangan talian telefon dan Streamyx dan kelajuan Streamyx juga telah dinaik taraf secara manual ke 8Mbps, barulah ibu dapat claimed Set-Top-Box HyppTV ini. Sebenarnya ada masalah sedikit berlaku semasa manual tagging ke 8Mbps. Jadi, lambat jugalah ibu dapat set-top-box ini. Lebih kurang 3 minggu baru dapat claimed.

Baca Lagi