Keputusan Pertukaran Guru (e-GTukar) Sesi Januari 2012 Pada 10 November 2011


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Entry ini telah diEDIT & DIUPDATE

Berblogwalking ke blog Cikgu Dahlia, baru ibu perasan yg tarikh keputusan permohonan pertukaran guru @ e-GTukar adalah pada 10 November 2011 (Khamis) iaitu hari ini.

Abah Mifzal Arsyad turut memohon untuk pertukaran sesi ini.. nak pindah sekolah yg dekat sedikit dengan rumah.. pertukaran sekolah dalam daerah je… luar daerah atau negeri, mungkin x buat masa sekarang ni..di masa hadapan x tahu la lg..

harapan ibu agar permohonan kali ini berjaya, sudah masuk kali ke-3 memohon rasanya tp rezeki belum datang… yang sesi lepas mmg buat ibu bengang sbb PPD tak proses..semua permohonan dr daerah ini x diprosesnya.. mujurlah pegawai terbabit dengarnya dah ditukarkan atas sebab prestasi kerja yg teruk. ibu mmg sgt2 berharap Abah Mifzal dapat tukar sekolah..bukan apa..kalau boleh nak sekolah yg dekat nga tempat keje ibu… jenuh tau berulang tiap2 hari ni..letih..duit minyak Β kuar mcm air..

Baca Lagi



Sistem Pertukaran Guru (e-GTukar) Sesi Januari 2012 Dibuka 1 – 30 September 2011

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Akhirnya, akan dibuka pun sistem e-GTukar ni..lama dah tunggu dr bulan 6..ya lah sejak tahu permohonan pertukaran abah yg lepas x diproses pun oleh PPD..so kali ni kena apply la lagi..mengikut sumber dalaman PPD, pegawai yg uruskan permohonan pertukaran dah pun kena tukar, mungkin sbb kualiti kerja yg teruk kot..ya la mana x teruk..semua permohonan pertukaran dari cikgu2 di sekolah daerah sini x diproses n di hantar ke Kementerian..mmg patut la kena tukar kan…so kawan ibu yg kat PPD tu mmg galakan abah Mifzal memohon pertukaran utk kali ni..

eg tukar

Pemberitahuan

Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Januari 2012 untuk DGA 29, DGA 32 (KUP time based), DG 41, DG 44(KUP time based) dan DG 48 (KUP time based) dibuka mulai 1 hingga 30 September 2011.

Keputusan Permohonan pertukaran Guru Sesi Januari 2012 dijangka dikeluarkan mulai 14 November 2011.

Sila ambil maklum bahawa tiada peruntukan disediakan bagi tuntutan elaun pertukaran untuk sesi Januari 2012.

Baca Lagi