Permohonan e-GTukar Sesi Januari 2013

JAWATAN KOSONG: Pekerja Part Time Diperlukan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pemberitahuan

e-GTukar

Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Januari 2013 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DGA 29, DGA 32 (KUP time based), DG 41, DG 44(KUP time based) dan DG 48 (KUP time based) dibuka mulai 01 hingga 30 September 2012.

Keputusan Permohonan pertukaran Guru Sesi Januari 2013 dikeluarkan mulai 21 Oktober 2012 dan maklumat penempatan ke sekolah boleh disemak mulai 03 November 2012 .

Sila semak maklumat anda melalui laman web e-GTukar. Sekiranya terdapat sebarang pindaan yang perlu dibuat, sila berhubung dengan pegawai unit Menengah / Rendah di Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri dengan segera sebelum sesi pertukaran bermula.



Jika masih menghadapi masalah untuk membuat permohonan e-GTukar, sila hubungi Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing (dapatkan no. telefon di “Bantuan”)

Sekian dimaklumkan.

sumber : Laman e-GTukar

sejak 2 tahun kebelakangan ni, info mengenai permohonan e-GTukar ni memang dinanti2 oleh Abah Mifzal sebenarnya lebih kepada ibu, mujur permohonan pada sesi Jun 2012 telah mendapat perhatian. walaupun dapat sekolah baru yang bukan dalam list pilihan, tp ada hikmahnya. mungkin akan buat permohonan pindah lagi bila rumah kami dah siap.

kepada cikgu-cikgu yang akan memohon, ibu doakan permohonan cikgu-cikgu semua berjaya.

ps : ibu plak rasa nak bertukar ni..nak rasa suasana baru. hehe nasib bos x baca blog ni.

Hak Milik Sebahagian © 2008 - 2013 · IbuMifzal.Com · Proudly powered by WordPress