Daftar Kemasukan Ke Tahun 1 Secara Atas Talian


(Daftar Kemasukan Ke Tahun 1 Secara Atas Talian)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Menurut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 14/2002, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan pendidikan wajib sekolah rendah bermula pada 1 Januari 2013. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat pengumuman melalui kenyataan akhbar bertarikh 22 Mac 2017.

pemohonan penempatan tahun 1 sekolah kebangsaan

Pemohonan penempatan ke Tahun 1 Sekolah Kebangsaan (SK) bagi tahun ambilan sesi persekolahan tahun 2018 dan 2019 kini dibuka bermula 1 Mac hingga 1 April 2017. Terdapat dua kaedah untuk membuat pemohonan penempatan tersebut.

Kaedah Pertama (Manual)

– Merupakan kaedah sedia ada di mana ibu bapa / penjaga boleh hadir ke sekolah dan mengisi borang permohonan penempatan ke Tahun 1, atau

Kaedah Kedua (Atas Talian / Online)

– Sekiranya mempunyai kemudahan talian internet, ibu bapa / penjaga boleh mengemukakan permohonan melalui Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT)

Permohonan Penempatan / Pendaftaran Kemasukan ini dibuka kepada kanak-kanak  berikut :-

Baca Lagi



Darjah Satu, Anak Ibu Dah Besar!

(Darjah Satu, Anak Ibu Dah Besar!)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Alhamdulillah, sedar tak sedar, anak manja ibu nan seorang ni sudah masuk darjah satu bagi sesi persekolahan tahun 2015. Hari Rabu lepas (31 Disember 2014) merupakan hari pendaftaran sekolah bagi kanak-kanak yang akan memasuki tahun satu di Sekolah Kebangsaan. Pada hari tersebut juga diadakan Ujian Pengesanan bagi menentukan kelas murid-murid tahun satu yang didaftarkan. Seramai 80 lebih murid-murid tahun 1 berdaftar di SK tersebut bagi tahun ini termasuklah anak ibu, Mifzal Arsyad.

persekolahan tahun 1

Ketika ujian pengesanan diadakan, hati ibu risau juga, Mifzal Arsyad antara murid-murid yang lambat menyiapkan ujiannya. Kawan-kawannya dah ramai yang siap. Sebenarnya ibu, tak adalah kisah sangat Mifzal Arsyad ditempatkan dikelas mana. Kelas pertama ke kedua atau ketiga. Ikut kemampuan dia lah kan.

Baca Lagi

Daftar Pra Sekolah & Darjah Satu Di Sekolah Kebangsaan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Tengahari semalam, dah selamat hantar borang permohonan untuk kemasukan anak kecil ibu, Mifzal Arsyad ke pra sekolah (tahun 2013) & darjah satu (tahun 2015) di SK yang berdekatan dengan office ibu.

daftar masuk pra sekolah dan darjah satu di sekolah kebangsaan

Tahun ini adalah tahun terakhir Mifzal Arsyad (Boboy) di Taska Permata. Tahun hadapan dah masuk tadika. Di sini, ada juga pilihan selain pra sekolah seperti Tadika KEMAS, Tadika Perpaduan, Tadika PASTI dan Tadika Agama. Cuma tadika swasta yang ternama, tu tak ada lah. Sini, pekan kecil. Kalau ada pun, tak semua mampu hantar ke tadika yang berbayar dan mahal yurannya 🙂

Baca Lagi