Mula Menulis Kerana Anak


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pengalaman melahirkan anak sememangnya cukup berharga bagi seorang wanita yang bergelar ibu. Tidak semua wanita di dunia ini dapat merasai pengalaman yang amat indah itu. Begitu juga dengan Ibu Mifzal ini.  Atas sebab itu, kegembiraan ini ibu zahirkan di dalam bentuk tulisan untuk dijadikan tatapan ibu di kemudian hari.

Mifzal02

Sejarah penulisan bermula ketika ibu mengandungkan Mifzal. Ibu aktif di forum Mengandung.Com, berkongsi pengalaman dan mencari ilmu bersama-sama kawan-kawan maya di forum tersebut. Kemudian ibu beralih angin ke Fotopages. Bersesuai dengan konsep Fotopages, tidak banyak dapat ibu  kongsikan di situ melainkan dengan gambar – gambar Mifzal sahaja. Mencari sedikit kelainan lebih kepada mengikut rentak kawan-kawan maya sebenarnya, ibu menulis pula di blogspot. Dari situ lah ibu, mula mengenali dunia blogging yang sebenar sehinggalah memiliki domain sendiri.

Baca Lagi