Belajar, Belajar dan Belajar


(Belajar, Belajar dan Belajar)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Minggu ini, ibu ada kelas. Seperti biasa, rutin bulanan, ibu akan ke UUM Kuala Lumpur untuk menghadiri kelas. Minggu ini adalah kelas pertemuan kedua bersama pensyarah. Kalau turut hati, berat saja rasa hendak ke kelas, al-maklumlah masih dalam suasana hari raya. Belum puas bercuti la katakan..hehe

Buku Modul subjek PJJ UUM
Empat Subjek Saja Untuk Semester Ini 🙂

Semester ini adalah semester ke lapan pengajian ibu di UUM. Berbaki satu semester lagi. Kalau tiada aral, Insya Allah, ibu habis belajar bulan Mei 2015 dan konvo pada bulan Oktober @ November 2015. Tak sabar rasanya.

Baca Lagi



Cerita Ibu Mifzal

(Cerita Ibu Mifzal)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

uih…lama betul tak mengomel di sini. Bukan dah lupa tapi tahu sahajalah, mood berblogging sekarang ini memang ke laut. Tapi bila mengenangkan rugi kalau biarkan blog bersawang.

Ramadhan
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa

Hari ini dah masuk 17 hari dah kita berpuasa. Sebelum itu, belum terlambat untuk ibu ucapkan selamat berpuasa pada semua pembaca blog ibu yang beragama Islam. Sekejap saja masa berlalu. Tak sampai 2 minggu kita akan menyambut hari raya. Wah!! bercerita pasal nak raya ini, teruja juga ibu sebab tahun ini, giliran beraya di kampung halaman ibu di Pasir Mas, Kelantan. Tak sabar rasanya nak jumpa keluarga tercinta di kampung. Walaupun teruja nak berhari raya, persiapan raya belum siap sepenuhnya. Tak mengapa, masih ada masa kan.

Baca Lagi