Senaman Terbaik Untuk Penyakit Asma


(Senaman Terbaik Untuk Penyakit Asma)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Tika Mifzal masih kecil, dalam lingkungan umur 3-5 tahun, agak kerap juga diserang sesak nafas. Pernah juga ibu kongsikan di blog ini, rintihan ibu bila Mifzal, kesayangan ibu terpaksa mengambil nebulizer kerana susah hendak bernafas. Kerap terjadi jikalau Mifzal menghidap selesema dan batuk. Ibu perasan yang Mifzal alah dengan cuaca sejuk. Sekarang, Alhamdulillah, Mifzal sudah jarang mengalami sesak nafas atau asma. Last kena masa Mifzal darjah 2. Mungkin betul, penyakit ini akan menghilang bila pesakit meningkat umur.

asma dan kanak-kanak

Ibu ada terbaca info di facebook terdapat senaman yang boleh menghindarkan atau mengurangkan kekerapan serangan asma. Boleh ibu praktikan untuk Mifzal. Walaupun sekarang ini, sudah jarang Mifzal kena sesak nafas, tapi ibu masih belum boleh menarik nafas lega. Setiap kali Mifzal selesema dan batuk, hati ibu masih sangat risau. Jadi, untuk manfaat bersama, ingin ibu kongsikan info yang ibu perolehi di facebook ini. Senaman terbaik untuk penyakit asma. Ada 4 jenis senaman yang elok diamalkan. Ini boleh menghidari penyakit ini daripada kerap menyerang. Lihat Mifzal dulu menarik nafasnya sahaja, ibu sudah rasa seksa apatah jikalau sendiri mengalaminya. Ibu juga ada sejarah penyakit  ini semasa kecil. Mujur tidak kronik.

Baca Lagi