Proton Espire Di Pasaran Awal Tahun Hadapan


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

wah..ibu sgt teruja dengan design proton Espire ni..sgt class gitu..

KUALA LUMPUR –Proton Holdings Berhad (Proton) dijangka melancarkan model kereta jenis sedan terbaru yang diberi nama ‘Proton Espire’ pada awal tahun depan.

Sebelum Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, mynewshub.my mendapat maklumat dari Ketua Eksekutif Proton, Datuk Syed Zainal Syed Mohammad Tahir, yang menyatakan bahawa pihaknya akan melancarkan sebuah model baru pada Februari 2012.

Meskipun beliau enggan memberikan sebarang gambaran langsung mengenai model tersebut, kami menjangkakan bahawa Espire adalah model yang dimaksudkan itu.

Dengan rekabentuk sedan yang lebih aerodinamik, model percubaan Proton Espire sudah kelihatan di jalan raya bagi tujuan pandu uji dan menurut sumber, ia bakal menggantikan model Proton Persona yang dilancarkan pada 15 Ogos 2007.

Baca Lagi