Belajar, Belajar dan Belajar


(Belajar, Belajar dan Belajar)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Minggu ini, ibu ada kelas. Seperti biasa, rutin bulanan, ibu akan ke UUM Kuala Lumpur untuk menghadiri kelas. Minggu ini adalah kelas pertemuan kedua bersama pensyarah. Kalau turut hati, berat saja rasa hendak ke kelas, al-maklumlah masih dalam suasana hari raya. Belum puas bercuti la katakan..hehe

Buku Modul subjek PJJ UUM
Empat Subjek Saja Untuk Semester Ini 🙂

Semester ini adalah semester ke lapan pengajian ibu di UUM. Berbaki satu semester lagi. Kalau tiada aral, Insya Allah, ibu habis belajar bulan Mei 2015 dan konvo pada bulan Oktober @ November 2015. Tak sabar rasanya.

Baca Lagi



Rutin Seorang Pelajar

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ketika entri ini di ‘published’ kan. Ibu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Ini adalah rutin bulanan ibu setelah bergelar seorang pelajar semula sejak Januari 2011. Tak sangka dah setahun lebih dah bergelar mahasiswi.

Hari ini dan esok (Ahad, 5.8.2012), kelas ibu bermula pada jam 8.00 pagi. hingga 12.00 malam. Jangan terkejut, bukan la kelas berterusan hingga ke malam. Ada waktu lapang dari jam 1.31 petang hingga 7.59 malam. 2 hari kelas untuk 5 subjek mmg memenatkan. Ini adalah pertemuan kedua bersama lecturers. Mujurlah kelas sebulan sekali je..kalau tiap2 minggu begini..aduhai tak larat ibu.

Assignment yang kena hantar pada pertemuan ni dah pun ibu siapkan semalam..last minute buat..biasalah..huhu..sikap yang tak pernah berubah ;p. Quiz pun ada pagi ini, semalam sempat jugak ibu belek2 buku.hehe..ntah faham ke tidak. Harap boleh la jawab dengan jayanya. Biasalah, bila bergelar pelajar separuh masa ni, banyak benda yang kena dan nak dibuat, itu yang last-last minute baru boleh buka buku…hehe buat syarat. kalau x buka kan takut rasa menyesal plak..

Gambar : sempat juga buat soalan latihan petang semalam… 😀

ps : 2 hari ni, rasanya x sempat nak bukak blog…

Dimanakah Semangat & Keazamanku?

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ya..dimanakah semangat & keazaman ibu yg berkobar2 dulu..serius..ibu sekarang sgt2 menurut kata hati…”Nantilah dulu buat assignment..jab lg lah belek buku”…mcm mana nak score kalu gini gayanya…

Ibu ni kan..dr dulu sampai skang suka sgt menanguh2kan keje..dah last2 minute br gelabah…macam kes meet ke-3…gelabah gila ibu menyiapkan 2 assignment yg ibu br tau kena hantar ms minggu tu..mujur dpt disiapkan w/pn kualiti assignment itu x dpt dipastikan ok @ tidak..hope ok lah..

Minggu depan adalah meet ke-4…kena hantar / buat 6 assignment..3 dah hampir siap..3 lg x de tanda2 nk buat lg..mood belajar mmg tengah weng..weng skang ni..bukan mood belajar saja tp mood keje pun sama..hehe..hope ibu dpt siapkan semua assignment yg wajib dihantar..risau jgk dgn result mid-term pd meet lepas..kalau ikut hati..mcm boleh n x boleh buat..kalau realiti x tau la..bape lecturer nk bg markah kan..

Apa2 pn hari sabtu ni..nak x nak kena gak gi library cr bahan utk assignment..MESTI!!!..awat lah ibu malas benar nak jejak kaki ke library ni..alegic kot..hehe..hah!! Merapu je!!..benti dulu la menaip…

– Ibu Mifzal Arsyad a.k.a Wan Ainey –

Posted with WordPress for BlackBerry Torch.