Pekeliling Perkhidmatan Bil 11/2011 (Umum), Pekeliling Perkhidmatan Bil 13/2011 (Pendidikan) & Pekeliling Perkhidmatan Bil 14/2011 (PDRM)


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pekeliling Perkhidmatan Bil 11, 13 & 14/2011 yg merangkumi skim perkhidmatan awam umum, pendidikan dan Polis Diraja Malaysia telah pun dikeluarkan di laman web JPA dan agensi-agensi kerajaan..

untuk mengurangkan kesesakan trafik di laman web berkaitan, suka untuk ibu kongsikan pekeliling perkhidmatan tersebut yg sempat ibu download td. (Boleh klik link dibawah, klik save as untuk download)

Pekeliling Perkhidmatan Bil 11/2011 (Umum)

Baca Lagi



Pemakluman Awal Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2011 (Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam – SBPA)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ibu dapat info mengenai pemakluman awal Pekeliling Perkhidmatan Bil.11 Tahun 2011 (Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam – SBPA)

PEMAKLUMAN AWAL PENEMPATAN PEKELILING SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) DI PORTAL/LAMAN WEB SEMUA KEMENTERIAN

Sukacita dimaklumkan bahawa Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan ditempatkan dan dihebahkan secara serentak menerusi portal/laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), MAMPU dan semua kementerian apabila tiba masanya nanti.

Dalam tempoh ini, tumpuan utama penyampaian laman ini adalah ke atas penyebaran Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang merangkumi perkhidmatan Perjawatan Awam Umum, Guru dan PDRM.

Semua penjawat awam adalah dinasihatkan untuk mengutamakan capaian terus ke portal/laman web kementerian masing-masing bagi memastikan proses hebahan Pekeliling SBPA ini berjalan dengan lebih lancar dan berkesan.

sumber : Laman Interaktif JPA 

UPDATE : 5 Disember 2010

Baca Lagi