Minggu Exam Dan Big Apple


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Horrray!!! Minggu exam dah tamat. Seminggu ini rasa serba tak kena. Kelam kabut belajar. Masa nak baca buku, masa itu juga lah nak buat kerja lain. Dugaan betul. Hehe. Bila dah habis exam, tak ada la plak nak buat kerja lain. Gitu lah gayanya bila tiada persediaan awal. Belajar di saat akhir. Adeh. Jangan ikut peel belajar ibu ya! hehe. Memang semester ini tidak berapa yakin untuk dapat result yang OK. Tawakkal sahaja lah. Sudah usaha walaupun last minute kan. Semoga lulus ย semuanya dengan jaya.

Ibu bercuti seminggu. Berulang dari Perak ke Kuala Lumpur untuk menghadiri peperiksaan akhir semester. Ada waktu peperiksaan pada sebelah petang, waktu pulangnya bersesak pula di dalam LRT dan Komuter. Huhu, macam rasa kerja dekat KL pula. Tak selesa betul bila bersesak-sesak begitu. Begitu kot yang warga kota lain rasa ya.

Baca Lagi