Memancing Ikan Besar


(Memancing Ikan Besar)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Rezeki! Abah Mifzal dapat tangkapan yang besar. Ikan rohu seberat 9.0 Kg berjaya dinaikkan. Tak sangka ibu, petang semalam, balik daripada memancing, Abah Mifzal memanggil ibu dari luar rumah. Ibu ingatkan apa sebab bunyi pun macam kecoh juga. Rupanya, wow besarnya ikan. Tak pernah lagi rasanya dapat ikan sebesar ini. Patutlah, lebih setengah jam juga masa diambil untuk menjinakkan si rohu ini.

menangkap ikan besar

Hobi Abah Mifzal memancing, biasa di lokasi yang berdekatan dengan rumah saja. Ikan besar ini pun ditangkap semasa Abah Mifzal memancing di port biasa. Rumah kami berdekatan dengan sungai dan lombong. Memang sesuailah untuk kaki pancing..hehe

Baca Lagi