2 Cerita


(2 Cerita)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Lamanya blog ini terbiar. hampir 6 bulan tanpa cerita baru. Sungguh mood berblogging ke laut. Tak dapat dicari. Apa ya nak dikongsikan? Menggaru kepala ibu. Bukan tak ada cerita. Cerita tu ada tapi nak memulakannya itu aduhai, malasnya!

Ibu ada 2 cerita gembira yang ingin ibu kongsikan di blog kesayangan ini bersama-sama pembaca semua. 😀

Pertama

Majlis Konvokesyen UUM ke 28

Akhirnya, bebanan belajar ibu sudah habis. Result peperiksaan semester akhir juga sudah pun keluar pada 16 Jun 2012 yang lalu. Alhamdulillah, syukur tak terhingga kepada Allah SWT, impian ibu dalam pelajaran akhirnya tercapai. Akhirnya, ibu berjaya menamatkan pengajian ibu dengan keputusan yang ibu kira agak cemerlang. Terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa memberi semangat untuk ibu meneruskan perjuangan ini sehingga berjaya. Dalam tempoh 4 tahun lebih ini, pelbagai kenangan pahit manis dan cabaran yang ibu hadapi. Namun, berkat doa kalian, akhirnya ibu bergelar graduan. Insya Allah, Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia yang ke-28 akan diadakan pada 24 – 28 Oktober 2015 nanti.

Baca Lagi